Saturday, October 8, 2016

Hampir empat tahun.


Assalamualaikum :)





Bulan Oktober 2016 ni genap empat tahun saya kenal awak. Masuk UniKL Julai 2012. Tempoh empat tahun ni adalah kenal yang betul-betul kenal daripada stranger. Banyak yang saya belajar dari awak sepanjang perkenalan kita.

Tak sure samada awak ingat atau tak kita kenal dah nak masuk empat tahun sebab awak bukan jenis yang suka kira mengira nih kan hehe.. tapi bagi saya saya suka sangat kira sebab setiap tahun tu berharga :) Saja saya nak save semuanya kat sini supaya bila-bila nanti boleh baca balik. Ni pun ingat-ingat lupa time menaip ni ^-^

Waktu orientasi UniKL, awak lelaki pertama yang saya terpandang and judge playboy. Padahal ramai je lelaki lain kat situ. Bila difikir balik kenapa la saya terfikirkan awak, sampai sekarang tak ada jawapan. So it goes all the way..zaman Kledang saya nampak awak turun bas, naik bas. Awak tahu saya selalu tengok awak keluar makan malam naik kereta melalui tingkap. I always saw you. Memang sengaja pergi dekat tingkap lepas maghrib camtu semata-mata nak tengok awak haha. Paling malu bila awak tahu saya tengok so takpelah bye haha.

Ada satu moment yang mana bas nak ke u kita, and you were in front of me. I stood behind you and tulah pertama kali saya berdiri dekat. Ada banyak moment masa kita berkawan biasa tu yang membuatkan saya malu sendiri sebab awak tahu semuanya pasal saya. So takpelah malu lagi so bye haha.

Ada moment masa study week. I asked you to buy makanan kucing and I waited. Bila sampai, then awak pun pass makanan tu melalui pagar. My heart beating so fast la time tu. Nasib tak lupa segala ilmu yang dah study haha. I still remember, you wore long sleeves black shirt, black cap, seluar pun black semua lah black. And you were carrying something on your back tak ingat dah apa dia. I just smiled. Masuk rumah Allah je tahu how I felt. And awak tahu saya happy masa tu so malu lagi so takpelah bye haha.

Saya bersyukur sebab boleh berkawan dengan lelaki sebaik dan sejujur awak. Walaupun orang kata masa berkawan ni biasanya memang tak tunjuk semua tapi saya tetap percaya dengan apa yang saya rasa. So far baru berkawan setahun lebih, rasanya ujian haritu lah yang terbesar sekali. And it was all from me. Tapi betapa awak nak jugak mengaku yang itu berpunca daripada awak. Masa tu rasa serba salah sangat..In fact now pun still ada lagi rasa serba salah bila teringat and I try to learn and appreciate setiap apa je yang awak buat untuk saya. I once asked you apa dia je ujian yang biasanya orang berhubungan ni akan alami, awak jawab kita tak tahu apa akan jadi tapi akan ada ujian tu. So from now, saya cuba jaga dari segala segi supaya bila ujian tu melanda, we will always remain as a team :)

The way awak support saya, membebel bila saya cerita problems sebenarnya saya suka :) Saja perli-perli sebab jarang nak jumpa lelaki yang suka membebel ni hehe. Bila awak balik kerja penat-penat, saya cuba untuk tak kacau sebab faham awak penat tapi tuptup awak je yang selalu start dulu. Still tanya dah makan ke atau how was my day etc. When I'm on my 'leave', hanya Allah dan awak je tahu perangai saya macam mana haha. Spamming whatsapp non-stop, boleh moody tiba-tiba balas sepatah-sepatah padahal dengan abah mama saya ok je tapi bila nampak je whatsapp awak naik terus berubah jadi budak-budak. Dengan harapan awak akan pujuk + bagi perhatian. And you did :)

Bila awak balik training penat-penat, saya cuba untuk tak kacau awak jugak. So what I did was, I will wait. Wait wait wait. Kalau after 12 am tak ada means awak dah tidur and saya okay je :) Tapi macam biasa, benda tu takkan jadi sebab awak yang akan selalu tanya or start the conversation first asking me macam soalan tadi. Walaupun awak penat, tapi still awak ingat saya. In a way, saya rasa dihargai :) Always rasa dihargai. Rasa tu tetap sama macam sejak 2012 dulu. And I hope it will kekal sampai bila-bila InShaaAllah :)

I think I learned something from you. Always kena ada rasa jujur + appreciate partner. It needs two, not one :)

Now that you are working, saya tahu awak kerja sungguh-sungguh walaupun kerja tu awak kata buat badan awak malas-malas etc. Sebab awak kan suka bergerak, tak macam saya ni haha. Awak suka isi hari-hari awak dengan aktiviti yang pada saya patutnya awak rehat je duduk rumah sebab itu je cuti yang awak ada. Tapi cara kita fikir lain so ikut awak lah nak bergerak banyak-banyak pun haha. Degil awak saya boleh tahan lagi sebab bila saya membebel, that shows yang saya ni hampir tak tahan sebab risaukan awak je sebenarnya. Macam awak nak sangat main bola walaupun badan sakit2 dengan alasan bila main bola tu boleh elokkan sakit tu, em apa lagi eh. Banyak la sebenarnya. Bab migrain belum masuk lagi, still insist nak drive jugak walaupun migrain.            

-_________-"

I'm not perfect. Kadang rasa macam awak ni baik sangat untuk saya, terlalu baik tapi taknak la tengok awak dengan orang lain hahah so takpelah kita proceed k haha. Ada masa-masanya saya down pun awak akan selalu ada..bukan bermaksud family tu tak ada cuma bila di waktu-waktu tertentu saya lebih selesa share dengan awak :)

 The way awak jaga family, adik-adik pun dah cukup buat saya impress. Saya bersyukur :) Apa je benda yang awak buat tak buat saya happy? :') Saya jarang sangat bagitau sebab rasa macam tak penting so I save them here. Bila awak share masalah, itulah perkara paling best saya rasa sebab awak share dengan saya. The feeling of..oh he trusted me....Erm atau benda tu bukan big issue? Ok complicatednya saya haha. I always said kesiannya awak dapat orang pelik macam saya ;D. Seingat saya, awak tak pernah perli saya tapi saya selalu je perli awak so saya nak mintak maaf secara tertutup la kat sini. Boleh? Tu pun kalau awak baca la :p



Remember when I suddenly send,
"Awk tq utk semuanya :)"?



Entri ni sambungannya :)






Untuk 4 tahun sebelumnya, dan tahun-tahun akan datang..
Terima kasih awak :)
Semoga selalu kuat untuk bekerja!





Sincerely, 
Your very very very very very very very very very very clingy human








Assalamualaikum!