Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Thursday, November 19, 2015

A baby step is better than taking no step - at all


ringkasan of this long entry*****

"Praktis dua benda ni :

-- Sebelum nak buat apa-apa, tahu apa dan kenapa kita buat sesuatu tu. And dia boleh naikkan iman tak?
--Tanya pada diri, apa perasaan kita pada Allah harini.. sedih ke, bersyukur ke, gembira ke, stress ke...

******


Ada satu hari tu, aku tengah rehat-rehat dalam bilik. Takde buat apa la ni..kemudian ada seorang classmate aku whatsapp. Katanya ada usrah dekat surau bawah. Dalam hati aku, nak pergi ke tak eh nak ke tak eh sebab aku free je malam tu. Tapi entah kenapa aku takde rasa nak pergi..Alasan nombor satu aku taknak pergi adalah sebab -nak study. Pastu aku reply "lepas maghrib lisa turun insyaAllah". Kena paksa jugak ni hati aku pujuk suruh pergi. Try test tengok..so aku pun turun la dengan bersiap ala kadar sebab dalam bangunan tu je suraunya. 

Dalam perjalanan tu aku risau takut usrah ni habis lambat padahal dua jam je pun. And sebenarnya kalau aku study pun, takde maknanya dua jam tu aku boleh fokus. Kalau duduk library, ye memang boleh fokus. Kalau kat bilik, sejam setengah paling lama boleh fokus and itu pun dengan keadaan yang takde roomate. Eh bukan maksudnya roomate aku ni menganggu ke apa cuma aku lagi suka study sorang and sunyi sepi :) Aku turun tu dengan hati yang terpaksa gila. Macam kena paksa betul la ni tapi aku pergi jugak la sebab first aku free walaupun tak ikhlas pun masa pergi tu fikir study la takut habis lambat la apa la, kedua sebab classmate aku ajak sebab kami kelas sama so tipu la kalau aku kata aku ada kelas ke or tak free sebab malam kott lepas maghrib mana ada kelas dah. Paling lambat kelas habis pukul 7..aku tak reti tipu jadi aku lagi sanggup buat walaupun tak ikhlas/terpaksa. Ketiga sebab aku tak pernah pergi usrah and aku ada perasaan ingin tahu sebanyak 10%. Yup 10 je haha.

***

Usrah pun habis. Tak lama pun ala dua jam je rupanya. Balik tu boleh study lagi.

**The following week*

aku ingat usrah tu setakat sehari tu je. sekali dah masuk dalam group whatsapp. mana nak lariiii takkan aku nak left. haaa nampak tak ketidakikhlasan aku dalam hal ni.


Ada usrah lagi tau next week. semua orang boleh datang tak?
isnin free tak
rabu free tak
selasa free tak
bila lisa free ye?
lisa koko bila?
ada pape tak malam ni?
malam ni free tak?
jom jumpa kejap? tak lama sejam je hehe
nak datang bilik boleh?
jom keluar makan?
ada kelas ke harini?
kelas habis pukul berapa?
jom jumpa kejap?


Semua ni serius buat aku serabut. Sebab aku tak reti susun masa aku masa mula-mula haritu. Aku rasa stress gila mana nak study, buat esaimen, pastu usrah lagi, pastu nak rehat lagi, pastu akak ni selalu ajak keluar or datang bilik. Aku rasa macam aaaaaaa taknak keluar nak study sekian terima kasih. Tapi macam aku cakap mula-mula tadi, aku jenis tak reti nak tolak walaupun aku taknak buat sesuatu benda tu and end up aku akan buat jugak walaupun TERPAKSA n TAK IKHLAS. So aku join je usrah tu setiap minggu walaupun aku terpaksa. Ada hari yang kelas full and malamnya ada usrah and aku rasa macam taknak pergi tapi aku pergi jugak sebab nak jaga hati akak and kawan2 yang lain yang dah bagi kerjasama menghadirkan diri. Mostly aku memang pergi dalam keadaan terpaksa. - tapi semua ni la sebenarnya yang banyak membantu. Banyak sangat :)

Benda yang aku paling tak suka dulu menjadi benda yang aku paling suka. Yang aku tolak dah jadi benda yang aku sendiri akan pergi cari. Aku pernah pergi rumah kakak tu and jumpa kawan2 dia. Tenang dia lain macam bila aku berada dalam rumah tu..they are sooooo warm and friendly :') Dorang layan lembut sangat and layan macam dah lama kenal padahal first time jumpa.. Betullah Nabi suruh berkawan dengan orang yang baik-baik sebab memang effect dia aku dapat rasa. Kita pun akan dengan sendirinya nak ubah..and peliknya aku tetiba perasan rasa lain tu dimana rasa terpaksa nak pergi usrah tu makin berkurangan setiap minggu..

Andddddd bila aku tak lagi menjadikan study sebagai tujuan hidup. Lain dengan dulu masa aku mula-mula baru masuk, dalam kepala hanya nak four flat pastu dapat A. Tu je yang aku tahu. Tapi bila makin lama aku pergi and dapat ilmu-ilmu baru, 



tujuan hidup - untuk Allah. Kita datang dan dicipta untuk beribadat kepada DIA.
kenapa kita sanggup spend dua jam untuk study tapi susah nak stay lama atas sejadah? 
benda-benda or aktiviti yang kita buat selama ni, pernah tak terfikir samada benda tu akan menaikkan iman kita atau just untuk membuang masa kita je? 
contohnya, tengok wayang pasal sejarah dulu - kalau untuk amik pengajaran or untuk tingkatkan keyakinan diri or apa-apa yang baik yang menjurus kepada obses dengan Allah, boleh go on dengan aktiviti tu. 
Paling simple nak buat apa-apa ingat Allah and tanya diri sendiri apa yang kita akan buat boleh tak membantu kita untuk naikkan iman and takutnya kita kepada Allah?




1) nak study -
 tujuan : (dunia) dapat 4 flat, dapat A, dapat kumpul mata untuk hostel, dapat anugerah dekan
(akhirat) ? - niat dalam hati sebelum study, nak menambahkan ilmu and supaya bila ilmu ni dipelajari boleh sampaikan pada semua orang and boleh sampaikan ilmu agama sekali. :)


2) nak basuh baju -
dunia - macam2. nak senang, esok takyah basuh la, basuh sebab esok busy, esok nak study la apa la.
akhirat - basuh sebab esok nak study -> nak study -> nak dapat A nak jadi lecturer supaya boleh sampaikan ilmu agama kat orang :)


3) nak keluar jalan2 -
dunia - beli baju sebab saja. sebab suka. sebab dah lama takde baju baru dalam almari amboi haha
akhirat - sebab apa nak keluar? kalau keluar tu boleh tak buat kita lupa Allah? membazir? buang masa? or jumpa kawan boleh eratkan persahabatan yang ingatkan kita pada Allah? atau keluar pastu solat jemaah sekali dengan kawan2 merapatkan and luangkan masa yang ada? Banyaaaak kena tanya sebelum buat pape :)



4) nak tengok tv -
dunia - sebab ada beto. sebab beto berlakon. sebab beto hensem haha. sebab boring. sebab takde kerja. sebab saja nak tengok tv. 
akhirat - rancangan tu boleh tak membuatkan kita ingat pada Allah? ataupun hanya buat kita lupa pada Allah? aurat2 lelaki dan perempuan? nafsu? dan banyaaak lagi kena tanya. Patutlah dulu aku macam pelik gila bila ustazah kata dia dan suami tak bagi anak-anak mereka tengok tv. Ustazah tu pun hanya bagi anak-anak dia dengar lagu nasyid or kalau tv pun, hanya ceramah je. Baru faham :)

5) nak mandi - dunia? akhirat?


6) nak tidur - akhirat - nak bangun tahajud, nak bangun solat awal, nak energy supaya boleh solat dengan khusyuk


7) nak dengar lagu - bagi benefit tak? lagu jenis macam mana? sebab nak dengar? 


8) nak conteng-conteng - d? a?


9) nak lepak-lepak - d? a?

10) nak beli tudung, pakai baju, dress-up semuanya. Untuk Allah atau untuk pujian manusia?  dunia atau akhirat? 

11 12 13 14 15 16 17 dan 723538937639983563573 aktiviti-aktiviti lain yang kita sendiri tahu kita buat setiap hari. 

Praktis dua benda ni :

-- Sebelum nak buat apa-apa, tahu apa dan kenapa kita buat sesuatu tu. And dia boleh naikkan iman tak?
--Tanya pada diri, apa perasaan kita pada Allah harini.. sedih ke, bersyukur ke, gembira ke, stress ke..

Banyak lagiiii aktiviti-aktiviti dalam hidup kita yang kita kadang-kadang tak tahu pun apa TUJUAN DAN KENAPA KITA BUAT BENDA TU. Mostly, aku cuma buat semua benda ni sebelum ni hanya sebab nak seronok, enjoy free time, rehat rehat sampai badan pun lesu and tak aktif. Aku juga merasakan penat yang mana kelas aku full pastu malam ada benda lain lagi and aku sampai bilik memang pukul 9 malam ke atas. Tapi yang peliknya aku penat tapi tak rasa moody malah aku rasa happy and still bertenaga. Yang ni aku pelik sebab bukan senang seorang lisa nak happy dikala penatnya dia hahaha :p  

And even aku sampai bilik jam 9 malam ke atas pun, aku merasakan jam tu seolah-olah bergerak sangat perlahan sampai aku sempat mandi and rehat pastu study dengan fokusnya selama sejam setengah and aku sempat habiskan sub topic yang susah gila nak faham. Aku macam..eh dah habis dah. Oh macamni je ke..oh senangnya. Eh kenapa tetiba rasa senang eh..:D 



Betul la janji DIA, kalau kita cari Allah, Allah akan tolong kita :)
Jaga masa. Limitkan setiap jam untuk apa and paling penting, tahu tujuan apa kita buat setiap perkara or kerja tu.


"A baby step is better than taking no step at all."

-just sharing :)

Saturday, October 17, 2015

7 cabang kejayaan.

Assalamualaikum.




*Ceramah Motivasi oleh Dr. Ahmad Termizi Abd Razak. Murabbi Pencetus Ummah.*





Ada 7 cara untuk dapat kejayaan.




1- Hati. Bermula dari hati adalah perkara yang paling asas untuk berjaya. Letaknya hati adalah selepas akal (atas) dan selepas hati adalah nafsu (bawah). Hati milik kita tetapi yang menggerakkannya adalah Allah SWT. Hati adalah cerminan hidup kita dan ia dicipta hanyalah untuk taat kepada Allah. Kalau hati tenang, aman damai maka senang untuk kita belajar and kita sendiri akan rasa mudah untuk buat semua perkara..sebab bila hati dah taat kepada Allah, semua benda jadi mudah. 





2- Mendampingi Al-Quran. Kalau sehari tu sibuk sangat, baca satu ayat pun jadi lah. Jangan tak baca langsung. Our soul needs Al-Quran. Perasan tak ada hari yang tiba-tiba kita terjaga pukul 3 atau 4 pagi padahal kita tak plan pun nak bangun waktu tu? Kita set alarm pukul 6 pagi tapi terjaga pukul 4 pagi? lepas tu...aaahhh malas lah subuh lambat lagi tarik selimut sambung tidur...Siapa pernah buat macam ni? Semua orang mesti pernah buat ni..Kita punya tahajud tu, bukan tahajud. Bangun buang air kemudian sambung tidur. Apa la salahnya alang-alang dah kat tandas tu, amik wudhu 2 minit, solat sunat 5 minit.. Tapi tak ramai yang buat macam ni. Kalau bangun buang air, sanggup pergi tandas walaupun tandas jauhhh hujung sana. Tapi kalau nak amik wudhu, di tangguh-tangguh. Itu tandanya Allah lah yang mengejutkan kita untuk terjaga. Bukan alarm. Bukan sesiapa. Kadang tu kita tak niat pun untuk bangun sekian-sekian tapi tiba-tiba terjaga, maka bersyukurlah terjaga di awal pagi dimana pagi yang hebat bermula dengan tahajud, solat sunat sebelum subuh, solat subuh dan dhuha. Kalau nak tidur, tidur kejap sebelum zohor. Dapat pahala lagi. Aturan yang Allah bagi tu mudah kan? :) 

Kemudian perasan tak kalau kita tak mengantuk sampai jam 2-3 pagi padahal kita perlukan tidur sangat2? Lisa pernah baca satu quote yang maybe boleh di consider, "Jika anda berjaga malam sehingga ke lewat pagi dan susah untuk tidur, mungkin sebab jiwa anda nak sangat bertemu dengan Allah, kerana itu anda masih berjaga dan sukar tidur." This is just a quote but somehow it is true. Kalau dah ada sebab2 lain macam dah tidur petang or tidur the whole day pastu malam susah tidur itu pun betul jugak but let's just ignore other reasons jap. For me, quote ni ada betulnya. Possibility tu ada. Untuk pelajar, ada tiga surah yang boleh dibaca. 

  - Surah Al-Waqiah - Surah Yasin - Surah Al- Sharh 





3- Hidup mengikut cara Islam. Patuhi semua perintah Allah. Makan makanan yang halal. Berbuat baik dengan orang sekeliling.. 





4- Cintakan Rasulullah. Untuk part ni, lisa suka tengok video Maher Zain - The Chosen One. Suka dengan cara Maher Zain interprete perilaku Rasulullah dalam video tu :) Meremang je setiap kali play lagu2 Maher Zain....:'D   Lakukan sunnah-sunnah Rasulullah.. Baca Al-Quran sampai terbit fajar. Dhuha jangan tinggal. Pelajar jangan tinggal semua amalan2 ni. Tak lama pun nak solat sunat, nak spend masa dengan Allah. Buku-buku jugak, kuliah-kuliah jugak..Ingat, kita hidup untuk siapa? Kembali untuk siapa nanti? Nanti tu bila? Bila pun kita taktau...Jawapan dia : BILA-BILA MASA 



5-  Sabar diatas ujian. Ujian tu sikit ja, jangan give up. Allah bagi ujian sebab Allah tahu kita mampu. Mana ada Allah bagi ujian yang kita tak mampu nak tanggung..Allah jaga kita, tahu setiap inci pasal kita..Yakinlah DIA tahu yang kita mampu. Hidup kalau takda ujian, tak syok lah. Asyik gembira ja, kena ada sedih-sedih, turun naik. Dari situ kita dapat pengajaran, apa tu orang putih kata. Life lessons..ka apa tah (masa ni semua gelak :D)


6- Bersyukur atas segala nikmat. Gunakan nikmat dengan baik. Nikmat bangun pagi, nikmat bergerak, nikmat makan dan banyak lagi nikmat yang Allah bagi dengan izinNYA. Rasa-rasa kalau Allah taknak bagi kita bangun, boleh ka kita bangun? Mata kita ni gerak sebab Allah..Kita mampu berjalan sebab Allah. Semuanya sebab Allah. "Maka nikmat manakah yang engkau hendak dustakan?" Pernah dengar dak ayat ni? Nikmat mana yang kita nak persoalkan? Takda satu nikmat pun yang kita boleh persoalkan.. Apa kita dapat ni ini yang kita perlukan. Untuk hidup. Untuk taat kepada Allah.



7- Istiqamah. Cuba istiqamah. Bermula dengan hati. Sebab tu peranan hati nombor satu kalau nak berjaya Jangan duk cakap pasal orang, jangan mengumpat, jangan sebarkan benda2 yang tak betul. Apa seronok sangat ka duk cerita pasal orang? Aman ke hati tu kalau selalu mengumpat? Rasa diri tu hebat sangat dah duk cerita pasal orang? Ni nak tanya la...Kalau orang duk cerita benda tak betul atau benda yang kita takmau orang cerita pasal kita ni, seronok dak? Siapa jawab ya memang pelik. Jangan buat. Senang ja nak tahan diri tu dari duk cerita pasal orang. Selalu sangka baik dengan orang. Kalau dia buat benda tak betul pun, simpan sorang-sorang. Jangan duk sebar benda buruk dia buat. Dia jahil, dan tugas kita untuk membetulkan dia dengan nasihat. Setakat yang kita mampu, kita buat. Kalau tak mampu nak nasihat, berdoa. Itu senjata selemah-lemah yang kita boleh guna untuk bantu dia. Jangan rasa kita hebat, kita pun bukan betul sangat. Kita jangan berlagak macam kita takdak buat salah apa, macam kita perfect dari segala segi, mana tahu kita pun ada tersalah cakap, terbuat benda2 yang kita sendiri tak sedar. Mesti kita harapkan dengan orang2 yang terkena dengan kita bila kita buat benda yang kita tak sengaja tu, faham dan maafkan kita. Sebab apa? Sebab kita tak sengaja. Kita tak sedar tersakitkan hati dia, termungkir janji. Ha macam tulah dalam situasi orang yang kita duk cerita tu. 

Istiqamah bab Al-Quran. Kalau mula-mula nak cuba, baca setiap hari. Walaupun satu ayat, kalau mampu baca satu muka surat. Kita ni semua mampu ja sebenaqnya kan...yang belum kahwin tu ada ja aih masa nak lepak, masa nak makan, masa nak duk saja-saja. Dah duk saja-saja tu amik wudhu, baca Al-Quran. Dapat pahala. Yang dah kahwin ni lagi seronok. Baca dengan pasangan.. Yang belum kahwin teruskan perjuangan..Yang sudah berkahwin tu tambah-tambah cawangan...walaupun baaaaaaaanyak rintangan..,..(semua gelak masa ni :'DDD) 

Luangkan masa sikit dengan Al-Quran. Janji jangan tinggal Al-Quran. Lama-lama rasa tak lengkap hari tu kalau tak baca..rasa macam alamak hari ni macam tak best la pasaipa tah.. Kemudian, upgrade action kita tu dari semasa ke semasa. Dari baca Al-Quran, cuba baca tafsir dia. Makna ayat yang kita baca..Semat dalam fikiran dan ambil pengajaran daripada ayat tersebut. Jangan tinggal Al-Quran. Bab-bab lain, cuba buat. Luangkan masa. Jaga masa sebaiknya.


Rasa-rasa kalau buat semua ni, berjaya tak kita sebagai seorang pelajar? Bukan untuk pelajar ja ni, untuk menjadi seorang manusia yang berguna. Skop yang lebih luas. Kita cari Allah, kita taat kepada Allah, Allah akan bantu kita. 





********************************************************







***Ceramah dia sangat best sebab kelakar :D and some words were added but the point are still there :) Saja ja lisa kekalkan slang penang..seronok plak aih duk cakap penang. Tukaq la kot penang plak la ni :D



Entri ini diakhiri dengan, marilah menjaga hati masing2. Bila hati tenang, senang kita nak melakukan perkara 2 -7 :) Assalamualaikum!




Monday, July 6, 2015

Cebisan tazkirah 6 Julai.

Assalamualaikum.


Sedar tak sedar kita dah berada di 10 malam terakhir Ramadhan. Tiba-tiba rasa sedih sebab dah nak habis puasa, sekejapnya masa berlalu. Rasa baru semalam hari first puasa.. Tahun depan entahkan sempat entahkan tidak untuk puasa lagi..



____________________________________________________________________________



Berkat adalah hak mutlak Allah SWT. Orang yang tahu akan cari berkat ni dalam hidup dia. Berkat tak datang macam tu je tapi kita kena berjuang untuk dapatkan berkat ni..Terlalu banyak yang Allah beri dalam hidup kita. Ada 5 keberkatan yang Allah bagi :




1- Keberkatan dalam umur kita.

Ada sesetengah manusia umurnya pendek tapi memberi manfaat kepada semua orang dan ada orang yang dah lanjut usianya tapi tidak memberi manfaat kepada orang lain dan diri sendiri. Imam As-Syafie meninggal dunia pada umur 54 tahun. Itu dikira muda dan dia dah menyusun satu mazhab untuk kita amalkan Islam sampai ke hari ini. Kalau takde tu, memang susah kita hari ini nak beribadat..Lain pulak halnya dengan ada yang umur dah 40 tahun tapi liat nak pergi masjid..



2- Keberkatan dalam kehidupan berkeluarga


Harini berapa ramai orang yang bila dia balik ke rumah, dia rasa tenang, aman dan tenteram? Dia rasa bahagia dan tak sabar-sabar nak balik rumah? Berapa ramai yang rasa macam tu? Benda ni nampak simple tapi ianya memberi kesan pada kita untuk jangka masa yang panjang..Dulu kalau nak dengar cerita adik beradik bergaduh, bunuh-bunuh memang jarang sungguh dalam setahun. Sekarang makin kerap. Benda-benda kecik dijadikan sebab yang akhirnya memutuskan tali persaudaraan darah daging sendiri. Bila takde kasih sayang dalam keluarga, maknanya ada yang tak kena.



3- Keberkatan dalam rezeki kita.


Ada orang dia bangun pagi tapi tak solat Subuh terus pergi kerja nak cari rezeki. Kenapa jadi macam tu? Rezeki Allah bagi tapi dia membelakangkan punca utama untuk dia peroleh rezeki. Rezeki kalau ada, kalau yang berkat tu mencukupi untuk semua orang. Lumrah manusia takkan pernah rasa cukup sampai tanah masuk dalam mulut. Kalau berkat, kita rasa cukup je dengan rezeki yang kita dapat. Bila kita jaga halal haram, cara kita dapat rezeki tu akan ada keberkatan dan akan memberi manfaat kepada orang yang makan. Ada orang kerja buruh je, anak ramai tapi anak-anak semua menjadi. Pandai jaga diri, pandai berdikari, belajar rajin, kerja bagus. Ini namanya berkat. Pernah dengar kan berita yang macam ni? Ada yang harta melimpah ruah tapi anaknya bawa masalah. Tak dengar cakap, susahkan mak ayah..Benda ni simple tapi cuba kita muhasabah diri balik cara kita dapatkan rezeki. Berkat rezeki bergantung pada cara kita dapatkan rezeki. Ni sekarang musim berniaga di bazar..Kuih yang paling biasa adalah karipap..Tapi sekarang ada nama karipap oksigen. Bila pegang rasa ringan, inti kat dalam boleh dengar bunyi bila kita goncang sikit.. Rasa-rasa pembeli beli lagi ke lepas terkena hari sebelumnya? Berkat ke rezeki yang kita dapat? Duit kita dapat banyak hari first tu jelah, esoknya takde orang beli lagi.



4- Keberkatan dalam bermasyarakat.


Banyak orang yang hidup satu taman tapi tak kenal dan tak bercampur. 40 buah rumah keliling kita ni adalah tanggungjawab kita. Hal-hal jiran kena amik tahu..bukan jaga tepi kain mereka tapi ambil tahu. Kita ambil tahu ada tak makanan untuk dia makan. Orang dulu-dulu kalau sehari tak nampak dah terjenguk-jenguk dah jiran sebelah..Tapi sekarang takde orang ambil tahu pun sebab tu dah jadi biasa..



5- Keberkatan dalam berilmu. 


Perkara pertama nak dapat berkat dalam berilmu adalah mesti beramal dengan ilmu yang kita dapat. Baru ada berkat. Ilmu tanpa amal seperti pokok yang tak berbuah.. Kalau kita tak amalkan, mana boleh kita nak sampaikan pada orang lain sebab kita tak beramal..Kita amalkan dan kita beri pada orang lain dan ilmu tu akan berkembang..Ini yang jadi talian hayat kita bila dalam kubur nanti. Salah satunya adalah ilmu yang bermanfaat. Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang memberi kesan yang baik pada semua orang..Curi kereta, itu ilmu jugak tapi tak bermanfaat. Menyusahkan orang lagi ada. Carilah ilmu yang bermanfaat dan beramal dengan ilmu tersebut.




Kalau kita ada 5 keberkatan ni, maka lengkaplah kehidupan kita. Tapi nak dapatkan semua ni kita boleh dapat dengan syarat kita nak dapat berkat ni bila buat sesuatu harus berlandaskan keimanan dan ketakwaan.. Kita buat semata-mata kerana Allah bukan kerana manusia atau benda lain..

_________________________________________________________________________




Assalamualaikum :)










Tuesday, June 30, 2015

Cebisan tazkirah 29 Jun.

Assalamualaikum.

Ustaz ni ulang banyak kali tentang 5 perkara ni. Terasa seperti di kelas Pendidikan Islam pulak hehe. Even abah said ustaz ni bagus sebab dia terangkan setiap point dengan detail :)

____________________________________________________________________________




Andai tiada 5 perkara ini, tentu manusia akan jadi soleh.




1- Kebodohan atau kejahilan dalam ilmu pengetahuan agama. 


Kita kena cari dan ambil tahu pasal ilmu agama. Jangan fardhukan yang tak fardhu. Terawih hanyalah sunat dan ada orang yang tak solat isyak tapi dia buat terawih dulu. Solat Isyak dia buat lepas witir. Tu la orang ajar ilmu, orang buat majlis ilmu, tazkirah taknak datang. Duduk kedai kopi berjam-jam boleh tapi bab ilmu agama dia buat lewa..(*masa ni ustaz tu cakap lembut tapi pedas)  Bila tanya cakap tak tahu, jahil tapi taknak datang mengaji. Taknak datang mengambil tahu hal agama yang penting dalam kehidupan seharian. Allah SWT murka dengan orang yang pandai dalam ilmu keduniaan tapi jahil bab ilmu akhirat. Ilmu dunia dia siap boleh buat telefon tapi dalam hal agama dia jahil. Ramadhan ni ambil peluang setahun sekali 30 malam dengar majlis ilmu. Bukan selalu ada.


2- Rakus terhadap dunia membuatkan diri susah untuk menjadi soleh.


Kita tunduk kepada dunia sampai bila pun tak sudah..Duk penat ke dia je. Cari harta siang malam bila mati tak boleh bawa juga. Kita rakus cari dunia sampai takde masa untuk akhirat. Betapa baiknya dunia bagi orang yang menggunakan dunia untuk akhiratnya. Dunia hanyalah tempat persiapan.. Jangan kita hidup di dunia semata-mata dunia..Takde hala tuju untuk akhirat..


3- Kedekut dan bakhil

Kita banyak kali dengar ayat ni, "Bila mati anak Adam, maka terputus amalannya kecuali sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan untukmu." Cari bekalan untuk ke akhirat banyak-banyak. Apa yang kita sedekah tu walaupun sikit, walaupun orang tak nampak tapi Allah tahu. Silap-silap itu yang tolong kita daripada azab api neraka nanti..


4- Riak dalam beramal


Ni berlaku sebab kita tak ikhlas dengan Allah SWT. Kesan ikhlas ni dahsyat. Ada satu kisah yang daripada Radio Ikim.Fm slot usrah nurani hari Jumaat. Seorang lelaki datang solat ke masjid dalam keadaan hujan yang lebat. Dia duduk dalam kereta dan tiba-tiba ada seorang budak mengetuk pintu keretanya. Budak tersebut menyuruh dia untuk membuka bonet keretanya sebab dia kata nak repair tayar lelaki ni. Berjam-jam duk repair, dan lelaki ni pun dengar spanar banyak kali jatuh..tung tang..tung tang jatuh. Lelaki ni pun pelik kenapa lama sangat sampai berjam-jam tak sudah-sudah baiki, pulak tu banyak kali jatuh spanarnya. Lelaki ni tak keluar pun dari keretanya tapi duk berleter dari dalam. Sampai lah masanya bila budak tu kata tayar dah siap dibaiki, lelaki ni pun hulur RM100. Budak tu taknak ambil duit dan dia kata dia ikhlas. Lelaki ni tawar banyak kali pada budak ni tapi dia tetap taknak ambil. Kemudian lelaki tu pun mengalah lalu menghidupkan enjin keretanya. Masa nak reverse, dia lihat budak ni bersama ayahnya yang buta. Sebab tu spanar tadi jatuh banyak kali dan mereka ambil masa lama untuk baiki tayar kereta lelaki ni.


Ikhlas ni power. Iblis dah kata, "Ya Allah Ya Tuhanku, aku akan sesatkan manusia, tapi ada pengecualian iaitu melainkan hamba-hambaMU yang ikhlas dalam apa juga perkara. Yang bangun solat malam,,Yang ini aku tak boleh tembus hatinya.."


Jadi riak tu sebab apa? Sebab iblis boleh tembus hatinya..Sesungguhnya Allah mengharamkan syurga kepada orang-orang yang riak.




5- Memperagakan kehebatan akalnya


Lebih kurang dengan riak. Cuma riak kita nampak di luar, yang ini merasa hebat di dalam. Belajarlah ilmu dengan ikhlas. Tujuan kita belajar untuk kekalkan ilmu kita dan nak bagitahu atau kongsi dengan orang yang tak tahu dan untuk kebaikan kita juga. Kita belajar untuk menjadi manusia dan hamba Allah yang lebih baik, bukan untuk membangga diri dengan apa yang Allah dah beri. Kita pandai dalam sesuatu perkara pun sebab Allah yang beri semua tu pada kita. Jangan merasa hebat, bila-bila Allah boleh tarik daripada kita. Ilmu ni serupa lah macam kereta, kalau lama tak bawa lama2 akan rosak. Macam tu lah ilmu. Itu sifat ilmu. Kalau tak mengajar, tak beri (kongsi) kepada orang ilmu tu akan hilang. Ilmu makin kita belajar, makin banyak dia akan ada. Ilmu ni umpama rumput. Masa kita tanam dia kita tanam renggang-renggang. Lama-lama dia akan jadi rapat dan akan terus berkembang.


Kalau 5 perkara ni tiada, mesti kita jadi soleh. Kita mesti hindarkan diri daripada 5 perkara ni. Semoga semua amal-amal kita akan diterima oleh Allah..In Sha Allah..




4 perkara yang Allah sembunyikan..

Allah sembunyikan redhaNYA dalam ketaatan.
Allah sembunyikan murkaNYA dalam kemaksiatan
Allah sembunyikan LailatulQadar dalam bulan puasa
Allah sembunyikan para waliNYA dalam kalangan manusia



__________________________________________________________________________

Assalamualaikum :)

Cebisan tazkirah 26 dan 27 Jun.

Assalamualaikum.



26/6. Ustaz tu dia terangkan tentang makna ayat2 dalam surah Al-A'la :) Cuma ada sedikit yang boleh dikongsi. Nama pun cebisan kan hehe



Kita berada di bumi jangan melakukan sewenang-wenangnya. Allah adalah empunya bumi. Ambil manfaat dengan apa yang diberi Allah SWT seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan, ilmu dan berbagai lagi yang Allah beri. Kita gunakan semua ni sebaik-baiknya jadi bila bertemu Allah nanti kita ada benda untuk dibawa balik ketika kita mati nanti. Yang menghidup dan mematikan kita adalah Allah..Jangan banyak sebarkan fitnah di bulan Ramadhan. Kita sebagai umat yang berpuasa jangan buat perkara yang sia-sia. Lepas raya pun jangan..Sampai bila-bila pun jangan sebarkan fitnah.



_________________________________________________________________________



27/7. Ustaz ceritakan peristiwa Nabi Musa bertemu dengan Nabi Khidir. Pengajaran yang boleh kita dapat dari kisah ni ialah sifat-sifat orang menuntut ilmu.



Kisah yang lebih detail boleh baca kat sini.

http://harmoni-my.org/arkib/kisahnabi/index.htm#page=kisahnabikhidiras.htm



Sifat-sifat menuntut ilmu yang Nabi Musa tunjukkan :


1- Bersungguh-sungguh (Terbukti masa Nabi Musa cakap pada pembantunya yang beliau nak bermusafir sampai mereka bertemu tempat pertemuan antara dua lautan dan kalau tak jumpa Nabi Musa tetap mahu meneruskan perjalanan)


2- Tak mengira pangkat atau darjat (Masa Nabi Musa meminta izin daripada Nabi Khidir untuk mengikutinya. Nabi Musa adalah nabi, Nabi Khidir adalah rasul. Taraf ni Nabi Musa tak tengok malah sanggup merendah diri untuk menuntut ilmu)


3- Semua urusan yang Nabi Musa usahakan semuanya dengan kebergantungan kepada Allah SWT. (Masa Nabi Khidir jawab pertanyaan Nabi Musa dan Nabi Musa menjawab, "Engkau akan dapati aku In Sha Allah akan boleh sabar dan tidak akan membantah apa yang engkau lakukan."




Thursday, June 25, 2015

Cebisan tazkirah 24 dan 25 Jun.

Assalamualaikum.



Alhamdulillah harini dah masuk hari yang ke-9 kita berpuasa :)



Ok so harini memandangkan ada masa terluang sedikit di pagi ini and I can't seem to put myself into sleep because usually after 10 a.m I would feel sleepy tapi harini kurang kadar mengantuknya mungkin sebab hari Jumaat hari berkat hehehe and I would like to share some useful advices that I got from those talk that were made after terawih here everyday.



________________________________________________________________________


Bulan puasa ibarat bulan untuk Allah SWT. Allah SWT buat bulan Ramadhan khas untuk umat Nabi Muhammad SAW. Pahala yang terkandung dalam bulan ini berlipat kali ganda jika dibandingkan dengan bulan-bulan lain. Pahala memang tak nampak, tak boleh dilihat dengan mata kasar dan kerana itu ianya mahal. Nilai mata wang dunia adalah duit tetapi nilai mata wang akhirat adalah pahala. Bukan senang untuk kita dapat merasai berada di bulan Ramadhan. Ada yang tak sempat merasainya untuk tahun ni, ada yang sempat. Kita entahkan ada lagi ke tidak tahun depan.. Jadi buat yang terbaik untuk bulan Ramadhan kali ini. Kumpul pahala banyak-banyak.



Tapi ustaz, macam mana nak kumpul pahala banyak-banyak? Tak terasa dapat pun pahala tu ustaz? Senang je..Kita anggap pahala ni macam duit. Bila kita buat kita dapat. Cuba kalau pahala ni kita buat je amal kebaikan terus dapat by hand, mesti kita nak buat selalu dan kita teruja nak buat amal kebaikan tu terus menerus SubhanAllah..Tapi pahala ni tak dapat dilihat dengan mata kasar. Ini kelebihannya. Siapa yang ikhlas, Allah bagi ganjaran. Allah akan bagi ganjaran kepada sesiapa yang membuat amal kebaikan dan kepada sesiapa yang mengharapkan ganjaran-NYA. Bayangkan, ketika nyawa kita dicabut nanti, ketika jasad diusung masuk ke liang lahad, saat itu duit atau apa-apa harta yang kita ada dah tak bermakna lagi.. Yang kita bawa hanyalah pahala yang kita kumpul masa kita hidup dulu. Kalau banyak pahala, selamatlah kita kat sana. Kalau tak, Wallahua'lam.. Sebab tu kita kena kumpul pahala ni dari sekarang.. Apatah lagi di bulan Ramadhan yang menjanjikan ganjaran yang sangat-sangat lumayan buat semua orang Islam yang berpuasa.



Pahala dalam bulan Ramadhan ni banyak..Terlalu banyak. Kata Imam Ghazali, Ramadhan ni macam bengkel membersihkan diri. Nafsu ditundukkan, hati kena kuat melawan semua ujian-ujian. Kita wajib jadikan Ramadhan ni sebagai bulan untuk kita muhasabah diri balik, betulkan apa yang tak betul, jadikan diri lebih baik dari semalam. Maksudnya, kalau dulu tak tutup aurat, cuba perlahan-lahan kerana itu adalah perintah Allah dan wajib diikut. Kalau dulu suka mengumpat, cuba tahan diri daripada tak bercakap pasal orang lain dalam sehari. Tengok hasilnya sendiri, hati akan tenang, Buat apa nak sibuk-sibuk bercakap dan hebohkan keburukan orang lain? Faedah apa dapat? Buat tambah dosa ada lagi. Kalau dulu selalu lewatkan solat, cuba lawan perasaan malas dan cuba solat awal waktu. Dan yang lain-lain hal yang hanya kita sendiri tahu bagaimana kita dengan Allah SWT. Cuba transform semua ni dalam bulan yang mulia ni. In Sha Allah Allah tolong kita jika kita nak berubah ke arah kebaikan.



Satu hal yang kita kena ingat, kita kena sedar, kena cepat-cepat sedar..Kita makin hari makin bertambah umurnya. Makin hari makin dekat nak bertemu dengan Allah SWT. Bila orang ucap selamat hari lahir, ketahuilah umur kita makin bertambah. Genap ke ganjil ke ianya makin bertambah. Kita tak tahu bila kita akan pergi.. Boleh jadi esok lusa. Boleh jadi kejap lagi mana kita tahu.. Mati itu pasti. Ada yang meninggal awal, ada yang sampai umurnya 70 80.. Senang kata, cuba kita fikir sampai bila kita akan hidup?? Kita ada jawapan? Takde bukan. Kita pun tak tahu nak jawap apa kerana mati itu memang pasti. Semua yang hidup pasti akan mati. Jadi, apa lagi yang kita nak banggakan dengan dunia yang sementara ni? Kita muhasabah diri balik.. Betulkan apa yang patut dan bersungguh-sungguhlah dalam mencari keredhaan-NYA. Jadilah hamba Allah yang paling Allah sayang. Kumpul pahala banyak-banyak macam kumpul duit.



Bulan puasa ni bulan Allah SWT. Kenapa puasa ni Allah kata ibadah kepada DIA? Kerana puasa ni tak terdedah kepada sifat riak. Puasa tak dapat dizahirkan dengan anggota-anggota badan. Kalau solat orang tahu oh dia tengah solat, kalau baca Al-Quran pun sama orang boleh tahu kita sedang mengaji tapi kalau puasa?? Macam mana orang nak tahu melainkan kalau kita sendiri yang beritahu. Puasa ni niat dan ianya tak dapat dikesan kalau orang tu tengok dari luar macam tu je. Ianya di hati. Ikhlas. Kerana tu Allah suka dan sayang orang-orang yang berpuasa. Allah sendiri yang beri pahala kepada hamba-hambaNYA MashaAllah...Bila kita sandarkan ibadah kepada Allah, ibadah tu jadi mulia. Di bulan Ramadhan yang datang hanya setahun sekali dengan ganjaran-ganjaran, tawaran-tawaran hebat dari Allah ni, kita kena rebut setiap tawaran dan kumpul pahala banyak-banyak..Luangkan masa yang ada dengan beribadah kepada Allah SWT. Berzikir, baca Al-Quran, buat solat sunat, bersedekah dan lain-lain amalan yang dapat memberatkan buku amalan baik kita.





______________________________________________________________________


**
I altered a number of words for it to suit with every paragraph but I didn't change the keyword in every text. It still have its point and the reason I change it is because of the improper arrangements (made by myself ofcourse) of the notes right where the moment I saved every words said by the ustaz. Dia macam sambil dengar sambil buat keje lain tapi nak save jugak so jadi 3 kerja dalam satu masa hahaha

I'll get back here.. With another different dates In Sha Allah :)


Assalamualaikum :)