Tuesday, June 30, 2015

Cebisan tazkirah 29 Jun.

Assalamualaikum.

Ustaz ni ulang banyak kali tentang 5 perkara ni. Terasa seperti di kelas Pendidikan Islam pulak hehe. Even abah said ustaz ni bagus sebab dia terangkan setiap point dengan detail :)

____________________________________________________________________________




Andai tiada 5 perkara ini, tentu manusia akan jadi soleh.




1- Kebodohan atau kejahilan dalam ilmu pengetahuan agama. 


Kita kena cari dan ambil tahu pasal ilmu agama. Jangan fardhukan yang tak fardhu. Terawih hanyalah sunat dan ada orang yang tak solat isyak tapi dia buat terawih dulu. Solat Isyak dia buat lepas witir. Tu la orang ajar ilmu, orang buat majlis ilmu, tazkirah taknak datang. Duduk kedai kopi berjam-jam boleh tapi bab ilmu agama dia buat lewa..(*masa ni ustaz tu cakap lembut tapi pedas)  Bila tanya cakap tak tahu, jahil tapi taknak datang mengaji. Taknak datang mengambil tahu hal agama yang penting dalam kehidupan seharian. Allah SWT murka dengan orang yang pandai dalam ilmu keduniaan tapi jahil bab ilmu akhirat. Ilmu dunia dia siap boleh buat telefon tapi dalam hal agama dia jahil. Ramadhan ni ambil peluang setahun sekali 30 malam dengar majlis ilmu. Bukan selalu ada.


2- Rakus terhadap dunia membuatkan diri susah untuk menjadi soleh.


Kita tunduk kepada dunia sampai bila pun tak sudah..Duk penat ke dia je. Cari harta siang malam bila mati tak boleh bawa juga. Kita rakus cari dunia sampai takde masa untuk akhirat. Betapa baiknya dunia bagi orang yang menggunakan dunia untuk akhiratnya. Dunia hanyalah tempat persiapan.. Jangan kita hidup di dunia semata-mata dunia..Takde hala tuju untuk akhirat..


3- Kedekut dan bakhil

Kita banyak kali dengar ayat ni, "Bila mati anak Adam, maka terputus amalannya kecuali sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan untukmu." Cari bekalan untuk ke akhirat banyak-banyak. Apa yang kita sedekah tu walaupun sikit, walaupun orang tak nampak tapi Allah tahu. Silap-silap itu yang tolong kita daripada azab api neraka nanti..


4- Riak dalam beramal


Ni berlaku sebab kita tak ikhlas dengan Allah SWT. Kesan ikhlas ni dahsyat. Ada satu kisah yang daripada Radio Ikim.Fm slot usrah nurani hari Jumaat. Seorang lelaki datang solat ke masjid dalam keadaan hujan yang lebat. Dia duduk dalam kereta dan tiba-tiba ada seorang budak mengetuk pintu keretanya. Budak tersebut menyuruh dia untuk membuka bonet keretanya sebab dia kata nak repair tayar lelaki ni. Berjam-jam duk repair, dan lelaki ni pun dengar spanar banyak kali jatuh..tung tang..tung tang jatuh. Lelaki ni pun pelik kenapa lama sangat sampai berjam-jam tak sudah-sudah baiki, pulak tu banyak kali jatuh spanarnya. Lelaki ni tak keluar pun dari keretanya tapi duk berleter dari dalam. Sampai lah masanya bila budak tu kata tayar dah siap dibaiki, lelaki ni pun hulur RM100. Budak tu taknak ambil duit dan dia kata dia ikhlas. Lelaki ni tawar banyak kali pada budak ni tapi dia tetap taknak ambil. Kemudian lelaki tu pun mengalah lalu menghidupkan enjin keretanya. Masa nak reverse, dia lihat budak ni bersama ayahnya yang buta. Sebab tu spanar tadi jatuh banyak kali dan mereka ambil masa lama untuk baiki tayar kereta lelaki ni.


Ikhlas ni power. Iblis dah kata, "Ya Allah Ya Tuhanku, aku akan sesatkan manusia, tapi ada pengecualian iaitu melainkan hamba-hambaMU yang ikhlas dalam apa juga perkara. Yang bangun solat malam,,Yang ini aku tak boleh tembus hatinya.."


Jadi riak tu sebab apa? Sebab iblis boleh tembus hatinya..Sesungguhnya Allah mengharamkan syurga kepada orang-orang yang riak.




5- Memperagakan kehebatan akalnya


Lebih kurang dengan riak. Cuma riak kita nampak di luar, yang ini merasa hebat di dalam. Belajarlah ilmu dengan ikhlas. Tujuan kita belajar untuk kekalkan ilmu kita dan nak bagitahu atau kongsi dengan orang yang tak tahu dan untuk kebaikan kita juga. Kita belajar untuk menjadi manusia dan hamba Allah yang lebih baik, bukan untuk membangga diri dengan apa yang Allah dah beri. Kita pandai dalam sesuatu perkara pun sebab Allah yang beri semua tu pada kita. Jangan merasa hebat, bila-bila Allah boleh tarik daripada kita. Ilmu ni serupa lah macam kereta, kalau lama tak bawa lama2 akan rosak. Macam tu lah ilmu. Itu sifat ilmu. Kalau tak mengajar, tak beri (kongsi) kepada orang ilmu tu akan hilang. Ilmu makin kita belajar, makin banyak dia akan ada. Ilmu ni umpama rumput. Masa kita tanam dia kita tanam renggang-renggang. Lama-lama dia akan jadi rapat dan akan terus berkembang.


Kalau 5 perkara ni tiada, mesti kita jadi soleh. Kita mesti hindarkan diri daripada 5 perkara ni. Semoga semua amal-amal kita akan diterima oleh Allah..In Sha Allah..




4 perkara yang Allah sembunyikan..

Allah sembunyikan redhaNYA dalam ketaatan.
Allah sembunyikan murkaNYA dalam kemaksiatan
Allah sembunyikan LailatulQadar dalam bulan puasa
Allah sembunyikan para waliNYA dalam kalangan manusia



__________________________________________________________________________

Assalamualaikum :)

Cebisan tazkirah 26 dan 27 Jun.

Assalamualaikum.



26/6. Ustaz tu dia terangkan tentang makna ayat2 dalam surah Al-A'la :) Cuma ada sedikit yang boleh dikongsi. Nama pun cebisan kan hehe



Kita berada di bumi jangan melakukan sewenang-wenangnya. Allah adalah empunya bumi. Ambil manfaat dengan apa yang diberi Allah SWT seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan, ilmu dan berbagai lagi yang Allah beri. Kita gunakan semua ni sebaik-baiknya jadi bila bertemu Allah nanti kita ada benda untuk dibawa balik ketika kita mati nanti. Yang menghidup dan mematikan kita adalah Allah..Jangan banyak sebarkan fitnah di bulan Ramadhan. Kita sebagai umat yang berpuasa jangan buat perkara yang sia-sia. Lepas raya pun jangan..Sampai bila-bila pun jangan sebarkan fitnah.



_________________________________________________________________________



27/7. Ustaz ceritakan peristiwa Nabi Musa bertemu dengan Nabi Khidir. Pengajaran yang boleh kita dapat dari kisah ni ialah sifat-sifat orang menuntut ilmu.



Kisah yang lebih detail boleh baca kat sini.

http://harmoni-my.org/arkib/kisahnabi/index.htm#page=kisahnabikhidiras.htm



Sifat-sifat menuntut ilmu yang Nabi Musa tunjukkan :


1- Bersungguh-sungguh (Terbukti masa Nabi Musa cakap pada pembantunya yang beliau nak bermusafir sampai mereka bertemu tempat pertemuan antara dua lautan dan kalau tak jumpa Nabi Musa tetap mahu meneruskan perjalanan)


2- Tak mengira pangkat atau darjat (Masa Nabi Musa meminta izin daripada Nabi Khidir untuk mengikutinya. Nabi Musa adalah nabi, Nabi Khidir adalah rasul. Taraf ni Nabi Musa tak tengok malah sanggup merendah diri untuk menuntut ilmu)


3- Semua urusan yang Nabi Musa usahakan semuanya dengan kebergantungan kepada Allah SWT. (Masa Nabi Khidir jawab pertanyaan Nabi Musa dan Nabi Musa menjawab, "Engkau akan dapati aku In Sha Allah akan boleh sabar dan tidak akan membantah apa yang engkau lakukan."




Thursday, June 25, 2015

Cebisan tazkirah 24 dan 25 Jun.

Assalamualaikum.



Alhamdulillah harini dah masuk hari yang ke-9 kita berpuasa :)



Ok so harini memandangkan ada masa terluang sedikit di pagi ini and I can't seem to put myself into sleep because usually after 10 a.m I would feel sleepy tapi harini kurang kadar mengantuknya mungkin sebab hari Jumaat hari berkat hehehe and I would like to share some useful advices that I got from those talk that were made after terawih here everyday.



________________________________________________________________________


Bulan puasa ibarat bulan untuk Allah SWT. Allah SWT buat bulan Ramadhan khas untuk umat Nabi Muhammad SAW. Pahala yang terkandung dalam bulan ini berlipat kali ganda jika dibandingkan dengan bulan-bulan lain. Pahala memang tak nampak, tak boleh dilihat dengan mata kasar dan kerana itu ianya mahal. Nilai mata wang dunia adalah duit tetapi nilai mata wang akhirat adalah pahala. Bukan senang untuk kita dapat merasai berada di bulan Ramadhan. Ada yang tak sempat merasainya untuk tahun ni, ada yang sempat. Kita entahkan ada lagi ke tidak tahun depan.. Jadi buat yang terbaik untuk bulan Ramadhan kali ini. Kumpul pahala banyak-banyak.



Tapi ustaz, macam mana nak kumpul pahala banyak-banyak? Tak terasa dapat pun pahala tu ustaz? Senang je..Kita anggap pahala ni macam duit. Bila kita buat kita dapat. Cuba kalau pahala ni kita buat je amal kebaikan terus dapat by hand, mesti kita nak buat selalu dan kita teruja nak buat amal kebaikan tu terus menerus SubhanAllah..Tapi pahala ni tak dapat dilihat dengan mata kasar. Ini kelebihannya. Siapa yang ikhlas, Allah bagi ganjaran. Allah akan bagi ganjaran kepada sesiapa yang membuat amal kebaikan dan kepada sesiapa yang mengharapkan ganjaran-NYA. Bayangkan, ketika nyawa kita dicabut nanti, ketika jasad diusung masuk ke liang lahad, saat itu duit atau apa-apa harta yang kita ada dah tak bermakna lagi.. Yang kita bawa hanyalah pahala yang kita kumpul masa kita hidup dulu. Kalau banyak pahala, selamatlah kita kat sana. Kalau tak, Wallahua'lam.. Sebab tu kita kena kumpul pahala ni dari sekarang.. Apatah lagi di bulan Ramadhan yang menjanjikan ganjaran yang sangat-sangat lumayan buat semua orang Islam yang berpuasa.



Pahala dalam bulan Ramadhan ni banyak..Terlalu banyak. Kata Imam Ghazali, Ramadhan ni macam bengkel membersihkan diri. Nafsu ditundukkan, hati kena kuat melawan semua ujian-ujian. Kita wajib jadikan Ramadhan ni sebagai bulan untuk kita muhasabah diri balik, betulkan apa yang tak betul, jadikan diri lebih baik dari semalam. Maksudnya, kalau dulu tak tutup aurat, cuba perlahan-lahan kerana itu adalah perintah Allah dan wajib diikut. Kalau dulu suka mengumpat, cuba tahan diri daripada tak bercakap pasal orang lain dalam sehari. Tengok hasilnya sendiri, hati akan tenang, Buat apa nak sibuk-sibuk bercakap dan hebohkan keburukan orang lain? Faedah apa dapat? Buat tambah dosa ada lagi. Kalau dulu selalu lewatkan solat, cuba lawan perasaan malas dan cuba solat awal waktu. Dan yang lain-lain hal yang hanya kita sendiri tahu bagaimana kita dengan Allah SWT. Cuba transform semua ni dalam bulan yang mulia ni. In Sha Allah Allah tolong kita jika kita nak berubah ke arah kebaikan.



Satu hal yang kita kena ingat, kita kena sedar, kena cepat-cepat sedar..Kita makin hari makin bertambah umurnya. Makin hari makin dekat nak bertemu dengan Allah SWT. Bila orang ucap selamat hari lahir, ketahuilah umur kita makin bertambah. Genap ke ganjil ke ianya makin bertambah. Kita tak tahu bila kita akan pergi.. Boleh jadi esok lusa. Boleh jadi kejap lagi mana kita tahu.. Mati itu pasti. Ada yang meninggal awal, ada yang sampai umurnya 70 80.. Senang kata, cuba kita fikir sampai bila kita akan hidup?? Kita ada jawapan? Takde bukan. Kita pun tak tahu nak jawap apa kerana mati itu memang pasti. Semua yang hidup pasti akan mati. Jadi, apa lagi yang kita nak banggakan dengan dunia yang sementara ni? Kita muhasabah diri balik.. Betulkan apa yang patut dan bersungguh-sungguhlah dalam mencari keredhaan-NYA. Jadilah hamba Allah yang paling Allah sayang. Kumpul pahala banyak-banyak macam kumpul duit.



Bulan puasa ni bulan Allah SWT. Kenapa puasa ni Allah kata ibadah kepada DIA? Kerana puasa ni tak terdedah kepada sifat riak. Puasa tak dapat dizahirkan dengan anggota-anggota badan. Kalau solat orang tahu oh dia tengah solat, kalau baca Al-Quran pun sama orang boleh tahu kita sedang mengaji tapi kalau puasa?? Macam mana orang nak tahu melainkan kalau kita sendiri yang beritahu. Puasa ni niat dan ianya tak dapat dikesan kalau orang tu tengok dari luar macam tu je. Ianya di hati. Ikhlas. Kerana tu Allah suka dan sayang orang-orang yang berpuasa. Allah sendiri yang beri pahala kepada hamba-hambaNYA MashaAllah...Bila kita sandarkan ibadah kepada Allah, ibadah tu jadi mulia. Di bulan Ramadhan yang datang hanya setahun sekali dengan ganjaran-ganjaran, tawaran-tawaran hebat dari Allah ni, kita kena rebut setiap tawaran dan kumpul pahala banyak-banyak..Luangkan masa yang ada dengan beribadah kepada Allah SWT. Berzikir, baca Al-Quran, buat solat sunat, bersedekah dan lain-lain amalan yang dapat memberatkan buku amalan baik kita.





______________________________________________________________________


**
I altered a number of words for it to suit with every paragraph but I didn't change the keyword in every text. It still have its point and the reason I change it is because of the improper arrangements (made by myself ofcourse) of the notes right where the moment I saved every words said by the ustaz. Dia macam sambil dengar sambil buat keje lain tapi nak save jugak so jadi 3 kerja dalam satu masa hahaha

I'll get back here.. With another different dates In Sha Allah :)


Assalamualaikum :)