Friday, December 23, 2016

The happiest dream!




It was 10 am in the morning..if I'm not mistaken..




Malam sebelumnya I couldn't sleep because I was staying up..trying to sleep in the morning but cannot! Guess the caffeine works so much to my body hehe!



So I had this one dream... I am really sure by far it was the happiest dream that I ever had in my life..




So what is it in that dream sampai claim it was my happiest dream?



hehehehehehehhehe




the dream began....




He was in the car. So then I came and want to enter the car..



He sat on the seat next to the driver..




I stood besides the driver door...




He was taking out something then.....





Then....










then......


















then.......................
















then..................















then...................................

















he showed me THREE RINGS!!!!!!!!!!!











and sambil tunjuk tu, he even said "taraaa tengok ni cincin untuk awak."










Why 3 rings?? I have no idea~ hahahah






I remembered myself in that dream, takdela terkejut and happy sangat..macam "oh ok cincin....."







tapi pelik...






so I said to him "why got three rings?"














He replied.."beli untuk merisik, bertunang dgn kahwin sekali..senang! beli sebab ada promotion."










I said.."why so suddenly?????" 











Masa tu tak terfikir part beli 3 cincin sebab ada promotion hahaha!!











Then I don't know what happen...next dream chapter.....!







**************





I was late...I ran onto the stairs...







Then I saw something happen at the ruang tamu..







I don't know but it was blurry.. what happen pun taktau la but then I heard someone was telling me...








"Tula lambat...rugi tak tengok tadi!"








I was like...searching for the suara all over the place..











Where did it came from???And most importantly, FROM WHOM??









WHO SAID IT? I don't know about that either hahaha!









But I remember myself wearing a white gown dress...with veil on top of my head..







***********



Next chapter..








I suddenly felt happy...Like I don't know how to describe but I felt TRULY HAPPY!!!





Then at one time...





I remembered whispering to myself...







"Oh camni ke perasaannya bertunang & jadi hak milik orang???"










THE END!










Then I woke up with seribu satu persoalan...




What kind of dream is that??!!!!




Dahla in the middle of study week lagi! hahaha

Pastu takleh go nya, those 3 rings dibeli time promotion???? what?? agakla hahaha




I saved here sebab benda ni meaningful. Teehee. Bukan selalu nak dapat mimpi macamni. :D








************


To be truth, I didn't think anything related to marriage now sebab dah selalu sangat ditanya and selalu sangat disuruh kahwin because-I-am-the-oldest.





So sebab dah selalu kena tanya, hati ni dah macam kebal dah haha!




Kalau dulu sikit2 nak terasa..sikit2 nak touching bila degree tak habis orang lain dah habis pastu boleh kahwin awal blablablabla.



Pastu macam wait...keadaan sekarang ni macam belum membenarkan untuk ke arah itu so why you stress sangat sebab orang sekeliling dah kahwin? Nak berlumba ek sape kahwin dulu?



Perasan tak banyak je benda yang belum dicapai lagi?
Perasan tak kahwin tu bermaksud menambah tanggungjawab?
Perasan tak kahwin tu perlukan ilmu?



Honestly dah redha tak kisahla nak kahwin bila but not now la :)



Not even close to engaged because we once pernah la discuss taknak engaged, nak terus je! haha jimat




Lagipun kita taktau siapa jodoh kita kan. Nak berangan lebih2 takde gunanya tapi doa semoga dia tu jodoh kita wajib ada :)







But still, itu the best mimpi! haha kbai until next entry inshaaAllah :)



Assalamualaikum! :)



Saturday, December 17, 2016

study week part 1 - semester 3


HTV
BI
SHE
BIOSTAT
PENGAJIAN ISLAM


I'm making coffee for myself now :)

Semoga semua soalan exam senang lah hendaknya Aamiin :)





Saturday, October 8, 2016

Hampir empat tahun.


Assalamualaikum :)





Bulan Oktober 2016 ni genap empat tahun saya kenal awak. Masuk UniKL Julai 2012. Tempoh empat tahun ni adalah kenal yang betul-betul kenal daripada stranger. Banyak yang saya belajar dari awak sepanjang perkenalan kita.

Tak sure samada awak ingat atau tak kita kenal dah nak masuk empat tahun sebab awak bukan jenis yang suka kira mengira nih kan hehe.. tapi bagi saya saya suka sangat kira sebab setiap tahun tu berharga :) Saja saya nak save semuanya kat sini supaya bila-bila nanti boleh baca balik. Ni pun ingat-ingat lupa time menaip ni ^-^

Waktu orientasi UniKL, awak lelaki pertama yang saya terpandang and judge playboy. Padahal ramai je lelaki lain kat situ. Bila difikir balik kenapa la saya terfikirkan awak, sampai sekarang tak ada jawapan. So it goes all the way..zaman Kledang saya nampak awak turun bas, naik bas. Awak tahu saya selalu tengok awak keluar makan malam naik kereta melalui tingkap. I always saw you. Memang sengaja pergi dekat tingkap lepas maghrib camtu semata-mata nak tengok awak haha. Paling malu bila awak tahu saya tengok so takpelah bye haha.

Ada satu moment yang mana bas nak ke u kita, and you were in front of me. I stood behind you and tulah pertama kali saya berdiri dekat. Ada banyak moment masa kita berkawan biasa tu yang membuatkan saya malu sendiri sebab awak tahu semuanya pasal saya. So takpelah malu lagi so bye haha.

Ada moment masa study week. I asked you to buy makanan kucing and I waited. Bila sampai, then awak pun pass makanan tu melalui pagar. My heart beating so fast la time tu. Nasib tak lupa segala ilmu yang dah study haha. I still remember, you wore long sleeves black shirt, black cap, seluar pun black semua lah black. And you were carrying something on your back tak ingat dah apa dia. I just smiled. Masuk rumah Allah je tahu how I felt. And awak tahu saya happy masa tu so malu lagi so takpelah bye haha.

Saya bersyukur sebab boleh berkawan dengan lelaki sebaik dan sejujur awak. Walaupun orang kata masa berkawan ni biasanya memang tak tunjuk semua tapi saya tetap percaya dengan apa yang saya rasa. So far baru berkawan setahun lebih, rasanya ujian haritu lah yang terbesar sekali. And it was all from me. Tapi betapa awak nak jugak mengaku yang itu berpunca daripada awak. Masa tu rasa serba salah sangat..In fact now pun still ada lagi rasa serba salah bila teringat and I try to learn and appreciate setiap apa je yang awak buat untuk saya. I once asked you apa dia je ujian yang biasanya orang berhubungan ni akan alami, awak jawab kita tak tahu apa akan jadi tapi akan ada ujian tu. So from now, saya cuba jaga dari segala segi supaya bila ujian tu melanda, we will always remain as a team :)

The way awak support saya, membebel bila saya cerita problems sebenarnya saya suka :) Saja perli-perli sebab jarang nak jumpa lelaki yang suka membebel ni hehe. Bila awak balik kerja penat-penat, saya cuba untuk tak kacau sebab faham awak penat tapi tuptup awak je yang selalu start dulu. Still tanya dah makan ke atau how was my day etc. When I'm on my 'leave', hanya Allah dan awak je tahu perangai saya macam mana haha. Spamming whatsapp non-stop, boleh moody tiba-tiba balas sepatah-sepatah padahal dengan abah mama saya ok je tapi bila nampak je whatsapp awak naik terus berubah jadi budak-budak. Dengan harapan awak akan pujuk + bagi perhatian. And you did :)

Bila awak balik training penat-penat, saya cuba untuk tak kacau awak jugak. So what I did was, I will wait. Wait wait wait. Kalau after 12 am tak ada means awak dah tidur and saya okay je :) Tapi macam biasa, benda tu takkan jadi sebab awak yang akan selalu tanya or start the conversation first asking me macam soalan tadi. Walaupun awak penat, tapi still awak ingat saya. In a way, saya rasa dihargai :) Always rasa dihargai. Rasa tu tetap sama macam sejak 2012 dulu. And I hope it will kekal sampai bila-bila InShaaAllah :)

I think I learned something from you. Always kena ada rasa jujur + appreciate partner. It needs two, not one :)

Now that you are working, saya tahu awak kerja sungguh-sungguh walaupun kerja tu awak kata buat badan awak malas-malas etc. Sebab awak kan suka bergerak, tak macam saya ni haha. Awak suka isi hari-hari awak dengan aktiviti yang pada saya patutnya awak rehat je duduk rumah sebab itu je cuti yang awak ada. Tapi cara kita fikir lain so ikut awak lah nak bergerak banyak-banyak pun haha. Degil awak saya boleh tahan lagi sebab bila saya membebel, that shows yang saya ni hampir tak tahan sebab risaukan awak je sebenarnya. Macam awak nak sangat main bola walaupun badan sakit2 dengan alasan bila main bola tu boleh elokkan sakit tu, em apa lagi eh. Banyak la sebenarnya. Bab migrain belum masuk lagi, still insist nak drive jugak walaupun migrain.            

-_________-"

I'm not perfect. Kadang rasa macam awak ni baik sangat untuk saya, terlalu baik tapi taknak la tengok awak dengan orang lain hahah so takpelah kita proceed k haha. Ada masa-masanya saya down pun awak akan selalu ada..bukan bermaksud family tu tak ada cuma bila di waktu-waktu tertentu saya lebih selesa share dengan awak :)

 The way awak jaga family, adik-adik pun dah cukup buat saya impress. Saya bersyukur :) Apa je benda yang awak buat tak buat saya happy? :') Saya jarang sangat bagitau sebab rasa macam tak penting so I save them here. Bila awak share masalah, itulah perkara paling best saya rasa sebab awak share dengan saya. The feeling of..oh he trusted me....Erm atau benda tu bukan big issue? Ok complicatednya saya haha. I always said kesiannya awak dapat orang pelik macam saya ;D. Seingat saya, awak tak pernah perli saya tapi saya selalu je perli awak so saya nak mintak maaf secara tertutup la kat sini. Boleh? Tu pun kalau awak baca la :p



Remember when I suddenly send,
"Awk tq utk semuanya :)"?



Entri ni sambungannya :)






Untuk 4 tahun sebelumnya, dan tahun-tahun akan datang..
Terima kasih awak :)
Semoga selalu kuat untuk bekerja!





Sincerely, 
Your very very very very very very very very very very clingy human








Assalamualaikum!


Thursday, July 28, 2016

Dreams




Assalamualaikum :)



I have that one dream that I really want to make it happen..because I love doing it so much eventhough it is tiring..but my parents and my brother doesn't really approve that..


For so many times, my parents had always always told me the same thing and I realize things that they said are the one they hope from me.


They want me to make it happen. Not because of them but for my own benefit. Often they finished their words with, "This is all for your own benefit..stand on your own. Don't hope from others.."


Baru sedar parents hopes on myself is high. Really high. Jadi tak salah kalau capai and buat apa yang mereka nak sebab after all ianya untuk kebaikan diri sendiri. Lagi bagus kalau boleh bind sekali dengan impian sendiri hehe.. Tu yang what I'm trying to prove to them currently sebelum memasuki ke alam yang lain in future. Mcm juggling between two works :)



Jarang sekali I sit and talked with my youngest brother. Rasanya dah lama tak lepak and berborak about life and future planning. Last time lepak2 was maybe 5 years ago where my older brother was there too..Time constraint.


We're too busy for this life..so the other day I followed him to the dentist. He took his MC on that day. Arriving home, I choose to sat down.


This is where those little talks went in. It was inspiring. It is. Seriously it is. I have never thought that my youngest brother ni would be so motivated in planning his future..more than me. I even felt motivated and wanna be like him as I heard all of his plans.. He wants to do this and this.. Bersyukur je we had that small talks sebab it really change the way I think.



Dulu ingat adik taknak sambung sebab he's like more into working..getting his diploma done in this year he said he wants to pursue his studies lagi.. Itu dah cukup buat kakak dia ni terkejut hehe. Lagi terkejut bila dengar his plannings in future.. Bila masa tah dia terfikir benda2 camni..



I used to think that in this life, you have to get a degree. At least. And then you work, get married, having kids and then workkkk till I dont know when. Mmg itu normal flow kan..typical.


But after reading such inspiring stories on facebook of how fresh graduates seeking for a job and the way they start on not choosing job after their convos are just amazing..they worked hard from below and then as time passed they finally got their dream job even benda tu amik masa lama.


It's okay for them because they have the experience before reaching such level..and in this matter, satisfaction are the key :)


Bayangkan bekerja bukan dalam bidang study dulu, kemudian after konvo decide untuk kerja and taknak menganggur kemudian bekerja pulak bukan dalam bidang dipelajari kemudian in future finally dapat dream job tu or dapat kerja yang gaji selesa, how to not feel satisfy :)



This change my perceptions because...there were some things happened which making me to feel motivated about ilmu ni.




Masa hari raya haritu, my relatives were asking me about ubat2..tokki tak sihat so they asked me indications, masa makan, boleh patah dua ke tak etc. Words like "lisa tau, sbb dia belajar dulu.. Lisa la bagi ubat tu.." are seriously comforting :')



Ubat2 yg ditanya tu are the simple ones..I admit I forgot some of them that I had to search about them soon after that. Not for them but for me. It's like I did that because I want to know what is it..sort of like tak puas hati dgn diri sendiri sebab tak tahu ubat tu untuk apa.



Then I came to realize ilmu masa belajar dulu tu tak sepatutnya dilupakan begitu sahaja. And disebabkan dulu selalu down sebab tak dapat sambung for this course, I have a better way of telling myself in accepting it :)



Ini semua hikmah daripada rasa tak puas hati mencari nama ubat tu.



 I told myself,



 "Just because I don't study pharmacy anymore, doesn't mean that I cannot study about it on my own self. The notes are there..tinggal nak bukak, baca balik and taknak je. Jangan merajuk dgn diri sendiri. Jangan marah dgn diri sendiri. Allah choose you to be in this way. Just because I don't pursue my pharmacy course, doesn't mean that I should just leave the ilmu, throw all notes, and forget all knowledge I got from my diploma. I can always learn everything back for my own sake..for my own knowledge. In turns, maybe I can share everything I know to the people around me too. In turns, maybe I can get a job as pharmacy assistant or working in this course ke in future." :)



Im just this weird. It took me a long time to heal from this.. The process..are..just..hard.. Lagi2 bila jumpa student yang sambung kos ni dekat u sana. I don't show my emotions. I keep it to myself, blaming myself and merajuk pastu marah sorang2.


I even became like this to him like I've never told him I am angry ke merajuk ke terasa ke I just snapped and then silent. But he always knew the reason before I told him..:D



I really think ilmu tu tak terbatas di waktu student life sahaja. Not only in university life but in THIS LIFE. Ilmu Allah tu luas.



Carilah sebanyak mana ilmu.. Ilmu menjahit ke ilmu bisnes ke ilmu menyelam ke ilmu memasak ke or anything selagi benda tu tak bercanggah dengan Islam.



Cari dan study dan amalkan ilmu yg boleh improve diri sendiri menjadi hamba Allah yang lebih baik dan ilmu yang memberi manfaat utk semua orang..



Bind it with experience. Do any kind of jobs.seek experience. Biar penat tapi penat yang berpengalaman yg terbaik untuk diri sendiri. Move. Move out of your comfort zone.



You can only plan what to do in your life, but Allah also has a better plans for you :)

Friday, July 8, 2016

Raya 2016 & the beach!




Assalamualaikum :)



It has been a long time since I went to the beach..  Enjoy the scenes below! :)










Thursday, July 7, 2016

Still loving pharmacy and, will always be :)




It makes me happy when people ask me how to take this ubat.. How to apply.. On what time.. Apa kegunaan dia.. I love explaining to them :)




Eventhough tak amik farmasi dah, Alhamdulillah masih dapat merasa share ilmu pasal ubat dengan orang sekeliling. I feel appreciated kejap haha. Betul la bila orang kata ilmu tu tak terbatas masa kita belajar tu je, kalau guna betul2 lepas habis belajar still boleh guna and share dengan orang.




I used to feel down sebab tak dapat sambung. Lagi2 course yang ni amik masa 4 tahun but I can see the hikmah behind all these. Even orang kata lama lagi sebab habis degree pun umur nanti dah pertengahan 20-an insyaAllah, tapi selalu mintak hati ni kuat bila orang kata camtu. Anggap je dorang ni tak sabar nak tengok kita gembira naik pelamin tu hehe :)



My prinsip is, kalau kita nak gembira kita kena fikir baik2 and ada sikap yang baik. InsyaAllah nanti orang2 sekeliling kita pun datang and cakap yang baik2 je dengan kita.




Raya!



Assalamualaikum :)


How was your raya so far? :) Mine was so-so.. Atuk got admitted on malam raya because he's not feeling well so everyone here wasn't really that excited to celebrate the raya.. It was 12.30 pm and we were all justtttt about to sleep.


Just as I turned the lights off, my aunt got a call from my uncle who look after my grandfather about his condition. My uncle said my grandfather wasn't responding when he talked to him. His pressure risen up and he barely moved.



Us, at my aunt's quickly wore tudung and chaos happened jugak for few minutes. Serius kelam kabut sikit haha and we were asking each other sape nak jaga rumah sape nak jaga budak2 kecik yg tidur tu. Then, we rushed ourselves to uncle's to see atuk.



It was 12.45 pm and my uncle's family were there besides atuk. They gave him panadol. Tapi badan atuk tetap panas. There were small wet towel on his forehead.



Everyone was there. Pastu, sepupu dgn pakcik rushed pergi hospital panggil ambulans. 20 minutes camtu, dua org MA sampai.



They checked him and said kena bawak pergi hospital.. Short story short, atuk kena warded for a day.. Semua org risau and yes we are happy bila atuk keluar dari wad sebab senang nak jaga bila kat rumah compare kat hospital. He's getting better no Alhamdulillah :)



My raya was.. Ok... Alhamdulillah :) sebabnya I don't expect much on this raya. Actually setiap raya pun tak berharap nk best2 mcm time kecik2 dulu haha. Bila dah makin besar, memang rasa beraya tu kurang dah. Another thing is, soalan2 cepumas tu yg selalu ditanya.. I like to just smile and cakap lama lagi padahal dalam hati nak je di usia2 ku yg masih dalam kategori muda ni :p


Raya kalini lagi suka duduk rumah tengok tv berebut remote tv dgn bebudak kecik cinonet2 tu pastu buat air bila kengkawan sepupu datang.. :D




Selamat Hari Raya semua orang! Assalamualaikum :)


#ganukiter

Thursday, April 7, 2016

Hello semester 2/2016!








Assalamualaikum :)




SubhanALLAH cantiknya!!! *amik dari google hehe*




Dah lamaaa nak share perkembangan terbaru pasal semester dua ni tapi selalu je terbantut. Kadang2 lupa, kadang2 rasa nak buat benda lain dulu pastu tangguh camtu je lol



Semester dua ni paling memenatkan so far.


Genetic, Calculus, Inorganic chemistry, pengakap, Bm, Bi.


Itulah subjek-subjek semester nih.



Di hati ini selalu je berharap agar cepatlah berakhir sem ni..dan latest update is I have this thought of nak drop Calculus..It is just that hard...Tapi masih dalam pertimbangan tapi sebenarnya hati memang dah ke arah nak drop tu dah cuma tunggu masa je haha.






Bercakap pasal jadual, ianya lebih hectic sikit dari semester lepas..



Isnin - kelas 9-10, 10-11, 11-12.
Ada gap sepuluh minit in between and Alhamdulillah tempat setiap kuliah tu berdekatan so biasanya sampai on time..

Selasa - hari penat pertama.
8-10, 10-1, 2-3, 3-4. Kelas berterusan dari pagi sehingga ke petang. Jam 10-1 tu lab dan lab hanya berlaku dua minggu sekali so kalau kena yang hari takde lab tu maka jadual Selasa akan lapang..Masa ni kalau bab lunch ke apa mmg kena rush sikit or biasanya lunch tu akan ditinggalkan and terus ke kelas..then balik bilik baru makan. Kiranya gabung terus dengan dinner :D



Rabu- hari penat kedua.
9-10, 12-1, 5-6 . Rabu ni hari yang pack jugak cuma tak sepenuh hari Selasa. However ianya masih pack sebab ada kelas di hujungnya tu.. Mengantuknya takyah cakap dah lah kelas Genetic..;D



Khamis - hari freeeeeeeee.
Hanya ada kelas pagi 8-10 kemudian free. Eh ada koko jam 5-7 tapi masih dikira free jugak. Koko tu bila rasa malas nk pergi, mesti pujuk diri supaya selalu ingat yang koko ni macam hari exercise.. Yela hari lain dah penuh dgn kelas so bila ada koko boleh aktifkan badan ni balik :D

I love pengakap..Even selalu protes pasal uniform dia atas sebab-sebab tertentu tapi sayang sangat dengan pengakap..Dalam banyak2 badan beruniform, still tak tahu kenapa pilih pengakap. Maybe sebab ada kaitan dengan pandu puteri dulu kot :) And I can't wait for the camp!



Jumaat - hari penat ketiga
8-10, 10-11, 3-4, 4-5. Kalau nak compare rabu dgn jumaat, jumaat lagi pack sebab lebih satu kelas daripada hari selasa.. Tapi papepun masih pack jugak..






Alhamdulillah untuk semua kesibukan untuk semester ni. Banyak kesedaran and petunjuk yang Allah bagi.. iaitu masa. Betapa pentingnya masa tu sampai la on point yang kita tahu sebenarnya masa yang kita ada tu is limited. And the fact that semua orang ada 24 jam. It depends on what we do with our time. Boleh jadi orang yang sibuk tu lagi menggunakan masa dia dengan bermanfaat daripada orang yang masanya terluang..




Selalu je kagum dengan para doktor yang masih meluangkan masa dengan baca Al-Quran, pergi ceramah and do everything yang kadang2 akan membuatkan kita tertanya-tanya ,



" Macam mana dorang ni boleh ada masa sedangkan dorang kena study, baca banyak bahan-bahan pasal perubatan yet they still have time untuk perkara-perkara macam ni.. Diri sendiri yang bukan doktor ni pun berkira-kira nak pergi.. Hebatnyaa Ya Allah.."




And still, they succeed :)






Kelapangan masa tu Allah yang bagi. Hakikat bahawa semua yang ada kat dunia ni Allah yang punya adalah sesuatu yang bagitahu kita DIRECTLY yang kita ni takde apa-apa..






Semuanya Allah bagi.. Amazing sangat bila ada kakak-kakak doktor tu dorang bagitahu,






"Bila kita percaya kat Allah yang Allah akan beri kelapangan masa tu, trust me Allah akan bagi.. :)"





***Jom kita sama-sama cuba jaga masa kita..sebelum tidur tu plan apa kita nak buat untuk keesokan harinya so esok just refer je apa yang kita nak buat :) 



Till then, jaga Allah :) Assalamualaikum.

Monday, March 28, 2016

Apa goal kita?






Dunia ni tak lama pun..purata umur umat Nabi Muhammad S.A.W adalah 60 tahun.

 
Considering the fact that I am currently 22 so I have another 38 years to live..


Itupun kalau sampai la 38 tahun lagi nak hidup..Macammana kalau lagi 2 tahun ke?Atau esok ke? 



Benda lain semua kita boleh jawab tapi bila pasal mati, manusia takkan tahu.



Betapa berkuasanya Allah bila Allah rahsiakan kematian kita..


Pandai macam mana pun orang tu, dia takkan boleh jawab bila dia akan mati.





Apa bekal kita nak bawak ke sana? katakanlah we only have another 38 years lagi..


Mesti nak bawak amalan-amalan yang baik je..Mesti nak usaha untuk jadi hamba-NYA yang terbaik sebab kita nak syurga Allah..


Semua orang kalau tanya nak syurga ke neraka mesti jawab nak syurga..


Memang itu fitrah manusia..Kita asalnya syurga :)



Apa goal kita kat dunia ni?
Apa kita nak dari dunia ni?
Apa kita nak in the end?



Kita nak masuk syurga,.adakah amalan-amalan kita menunjukkan yang kita boleh dapat syurga?



Allah tak pandang pengakhiran..Allah pandang pada usaha kita..

Sejauh mana kita usaha and buat amalan-amalan baik untuk dapatkan syurga Allah..




Macam kisah banduan yang dihukum gantung, dia tahu hari apa dia akan dijatuhkan hukuman tu.

Dia sangat takut and masa-masa yang ada sebelum hari hukuman tu, kalau lalu je kat sel penjara dia memang dia akan habiskan masa dengan solat and zikir sambil menangis...



#Apa goal kita kat dunia ni?