Assalamualaikum :)
SubhanALLAH cantiknya!!! *amik dari google hehe*
Dah lamaaa nak share perkembangan terbaru pasal semester dua ni tapi selalu je terbantut. Kadang2 lupa, kadang2 rasa nak buat benda lain dulu pastu tangguh camtu je lol
Semester dua ni paling memenatkan so far.
Genetic, Calculus, Inorganic chemistry, pengakap, Bm, Bi.
Itulah subjek-subjek semester nih.
Di hati ini selalu je berharap agar cepatlah berakhir sem ni..dan latest update is I have this thought of nak drop Calculus..It is just that hard...Tapi masih dalam pertimbangan tapi sebenarnya hati memang dah ke arah nak drop tu dah cuma tunggu masa je haha.
Bercakap pasal jadual, ianya lebih hectic sikit dari semester lepas..
Isnin - kelas 9-10, 10-11, 11-12.
Ada gap sepuluh minit in between and Alhamdulillah tempat setiap kuliah tu berdekatan so biasanya sampai on time..
Selasa - hari penat pertama.
8-10, 10-1, 2-3, 3-4. Kelas berterusan dari pagi sehingga ke petang. Jam 10-1 tu lab dan lab hanya berlaku dua minggu sekali so kalau kena yang hari takde lab tu maka jadual Selasa akan lapang..Masa ni kalau bab lunch ke apa mmg kena rush sikit or biasanya lunch tu akan ditinggalkan and terus ke kelas..then balik bilik baru makan. Kiranya gabung terus dengan dinner :D
Rabu- hari penat kedua.
9-10, 12-1, 5-6 . Rabu ni hari yang pack jugak cuma tak sepenuh hari Selasa. However ianya masih pack sebab ada kelas di hujungnya tu.. Mengantuknya takyah cakap dah lah kelas Genetic..;D
Khamis - hari freeeeeeeee.
Hanya ada kelas pagi 8-10 kemudian free. Eh ada koko jam 5-7 tapi masih dikira free jugak. Koko tu bila rasa malas nk pergi, mesti pujuk diri supaya selalu ingat yang koko ni macam hari exercise.. Yela hari lain dah penuh dgn kelas so bila ada koko boleh aktifkan badan ni balik :D
I love pengakap..Even selalu protes pasal uniform dia atas sebab-sebab tertentu tapi sayang sangat dengan pengakap..Dalam banyak2 badan beruniform, still tak tahu kenapa pilih pengakap. Maybe sebab ada kaitan dengan pandu puteri dulu kot :) And I can't wait for the camp!
Jumaat - hari penat ketiga
8-10, 10-11, 3-4, 4-5. Kalau nak compare rabu dgn jumaat, jumaat lagi pack sebab lebih satu kelas daripada hari selasa.. Tapi papepun masih pack jugak..
Alhamdulillah untuk semua kesibukan untuk semester ni. Banyak kesedaran and petunjuk yang Allah bagi.. iaitu masa. Betapa pentingnya masa tu sampai la on point yang kita tahu sebenarnya masa yang kita ada tu is limited. And the fact that semua orang ada 24 jam. It depends on what we do with our time. Boleh jadi orang yang sibuk tu lagi menggunakan masa dia dengan bermanfaat daripada orang yang masanya terluang..
Selalu je kagum dengan para doktor yang masih meluangkan masa dengan baca Al-Quran, pergi ceramah and do everything yang kadang2 akan membuatkan kita tertanya-tanya ,
" Macam mana dorang ni boleh ada masa sedangkan dorang kena study, baca banyak bahan-bahan pasal perubatan yet they still have time untuk perkara-perkara macam ni.. Diri sendiri yang bukan doktor ni pun berkira-kira nak pergi.. Hebatnyaa Ya Allah.."
And still, they succeed :)
Kelapangan masa tu Allah yang bagi. Hakikat bahawa semua yang ada kat dunia ni Allah yang punya adalah sesuatu yang bagitahu kita DIRECTLY yang kita ni takde apa-apa..
Semuanya Allah bagi.. Amazing sangat bila ada kakak-kakak doktor tu dorang bagitahu,
"Bila kita percaya kat Allah yang Allah akan beri kelapangan masa tu, trust me Allah akan bagi.. :)"
***Jom kita sama-sama cuba jaga masa kita..sebelum tidur tu plan apa kita nak buat untuk keesokan harinya so esok just refer je apa yang kita nak buat :)
Till then, jaga Allah :) Assalamualaikum.