Assalamualaikum.
Ustaz ni ulang banyak kali tentang 5 perkara ni. Terasa seperti di kelas Pendidikan Islam pulak hehe. Even abah said ustaz ni bagus sebab dia terangkan setiap point dengan detail :)
____________________________________________________________________________
Andai tiada 5 perkara ini, tentu manusia akan jadi soleh.
1- Kebodohan atau kejahilan dalam ilmu pengetahuan agama.
Kita kena cari dan ambil tahu pasal ilmu agama. Jangan fardhukan yang tak fardhu. Terawih hanyalah sunat dan ada orang yang tak solat isyak tapi dia buat terawih dulu. Solat Isyak dia buat lepas witir. Tu la orang ajar ilmu, orang buat majlis ilmu, tazkirah taknak datang. Duduk kedai kopi berjam-jam boleh tapi bab ilmu agama dia buat lewa..(*masa ni ustaz tu cakap lembut tapi pedas) Bila tanya cakap tak tahu, jahil tapi taknak datang mengaji. Taknak datang mengambil tahu hal agama yang penting dalam kehidupan seharian. Allah SWT murka dengan orang yang pandai dalam ilmu keduniaan tapi jahil bab ilmu akhirat. Ilmu dunia dia siap boleh buat telefon tapi dalam hal agama dia jahil. Ramadhan ni ambil peluang setahun sekali 30 malam dengar majlis ilmu. Bukan selalu ada.
2- Rakus terhadap dunia membuatkan diri susah untuk menjadi soleh.
Kita tunduk kepada dunia sampai bila pun tak sudah..Duk penat ke dia je. Cari harta siang malam bila mati tak boleh bawa juga. Kita rakus cari dunia sampai takde masa untuk akhirat. Betapa baiknya dunia bagi orang yang menggunakan dunia untuk akhiratnya. Dunia hanyalah tempat persiapan.. Jangan kita hidup di dunia semata-mata dunia..Takde hala tuju untuk akhirat..
3- Kedekut dan bakhil
Kita banyak kali dengar ayat ni, "Bila mati anak Adam, maka terputus amalannya kecuali sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan untukmu." Cari bekalan untuk ke akhirat banyak-banyak. Apa yang kita sedekah tu walaupun sikit, walaupun orang tak nampak tapi Allah tahu. Silap-silap itu yang tolong kita daripada azab api neraka nanti..
4- Riak dalam beramal
Ni berlaku sebab kita tak ikhlas dengan Allah SWT. Kesan ikhlas ni dahsyat. Ada satu kisah yang daripada Radio Ikim.Fm slot usrah nurani hari Jumaat. Seorang lelaki datang solat ke masjid dalam keadaan hujan yang lebat. Dia duduk dalam kereta dan tiba-tiba ada seorang budak mengetuk pintu keretanya. Budak tersebut menyuruh dia untuk membuka bonet keretanya sebab dia kata nak repair tayar lelaki ni. Berjam-jam duk repair, dan lelaki ni pun dengar spanar banyak kali jatuh..tung tang..tung tang jatuh. Lelaki ni pun pelik kenapa lama sangat sampai berjam-jam tak sudah-sudah baiki, pulak tu banyak kali jatuh spanarnya. Lelaki ni tak keluar pun dari keretanya tapi duk berleter dari dalam. Sampai lah masanya bila budak tu kata tayar dah siap dibaiki, lelaki ni pun hulur RM100. Budak tu taknak ambil duit dan dia kata dia ikhlas. Lelaki ni tawar banyak kali pada budak ni tapi dia tetap taknak ambil. Kemudian lelaki tu pun mengalah lalu menghidupkan enjin keretanya. Masa nak reverse, dia lihat budak ni bersama ayahnya yang buta. Sebab tu spanar tadi jatuh banyak kali dan mereka ambil masa lama untuk baiki tayar kereta lelaki ni.
Ikhlas ni power. Iblis dah kata, "Ya Allah Ya Tuhanku, aku akan sesatkan manusia, tapi ada pengecualian iaitu melainkan hamba-hambaMU yang ikhlas dalam apa juga perkara. Yang bangun solat malam,,Yang ini aku tak boleh tembus hatinya.."
Jadi riak tu sebab apa? Sebab iblis boleh tembus hatinya..Sesungguhnya Allah mengharamkan syurga kepada orang-orang yang riak.
5- Memperagakan kehebatan akalnya
Lebih kurang dengan riak. Cuma riak kita nampak di luar, yang ini merasa hebat di dalam. Belajarlah ilmu dengan ikhlas. Tujuan kita belajar untuk kekalkan ilmu kita dan nak bagitahu atau kongsi dengan orang yang tak tahu dan untuk kebaikan kita juga. Kita belajar untuk menjadi manusia dan hamba Allah yang lebih baik, bukan untuk membangga diri dengan apa yang Allah dah beri. Kita pandai dalam sesuatu perkara pun sebab Allah yang beri semua tu pada kita. Jangan merasa hebat, bila-bila Allah boleh tarik daripada kita. Ilmu ni serupa lah macam kereta, kalau lama tak bawa lama2 akan rosak. Macam tu lah ilmu. Itu sifat ilmu. Kalau tak mengajar, tak beri (kongsi) kepada orang ilmu tu akan hilang. Ilmu makin kita belajar, makin banyak dia akan ada. Ilmu ni umpama rumput. Masa kita tanam dia kita tanam renggang-renggang. Lama-lama dia akan jadi rapat dan akan terus berkembang.
Kalau 5 perkara ni tiada, mesti kita jadi soleh. Kita mesti hindarkan diri daripada 5 perkara ni. Semoga semua amal-amal kita akan diterima oleh Allah..In Sha Allah..
4 perkara yang Allah sembunyikan..
Allah sembunyikan redhaNYA dalam ketaatan.
Allah sembunyikan murkaNYA dalam kemaksiatan
Allah sembunyikan LailatulQadar dalam bulan puasa
Allah sembunyikan para waliNYA dalam kalangan manusia
__________________________________________________________________________
Assalamualaikum :)