Assalamualaikum.
Alhamdulillah harini dah masuk hari yang ke-9 kita berpuasa :)
Ok so harini memandangkan ada masa terluang sedikit di pagi ini and I can't seem to put myself into sleep because usually after 10 a.m I would feel sleepy tapi harini kurang kadar mengantuknya mungkin sebab hari Jumaat hari berkat hehehe and I would like to share some useful advices that I got from those talk that were made after terawih here everyday.
________________________________________________________________________
Bulan puasa ibarat bulan untuk Allah SWT. Allah SWT buat bulan Ramadhan khas untuk umat Nabi Muhammad SAW. Pahala yang terkandung dalam bulan ini berlipat kali ganda jika dibandingkan dengan bulan-bulan lain. Pahala memang tak nampak, tak boleh dilihat dengan mata kasar dan kerana itu ianya mahal. Nilai mata wang dunia adalah duit tetapi nilai mata wang akhirat adalah pahala. Bukan senang untuk kita dapat merasai berada di bulan Ramadhan. Ada yang tak sempat merasainya untuk tahun ni, ada yang sempat. Kita entahkan ada lagi ke tidak tahun depan.. Jadi buat yang terbaik untuk bulan Ramadhan kali ini. Kumpul pahala banyak-banyak.
Tapi ustaz, macam mana nak kumpul pahala banyak-banyak? Tak terasa dapat pun pahala tu ustaz? Senang je..Kita anggap pahala ni macam duit. Bila kita buat kita dapat. Cuba kalau pahala ni kita buat je amal kebaikan terus dapat by hand, mesti kita nak buat selalu dan kita teruja nak buat amal kebaikan tu terus menerus SubhanAllah..Tapi pahala ni tak dapat dilihat dengan mata kasar. Ini kelebihannya. Siapa yang ikhlas, Allah bagi ganjaran. Allah akan bagi ganjaran kepada sesiapa yang membuat amal kebaikan dan kepada sesiapa yang mengharapkan ganjaran-NYA. Bayangkan, ketika nyawa kita dicabut nanti, ketika jasad diusung masuk ke liang lahad, saat itu duit atau apa-apa harta yang kita ada dah tak bermakna lagi.. Yang kita bawa hanyalah pahala yang kita kumpul masa kita hidup dulu. Kalau banyak pahala, selamatlah kita kat sana. Kalau tak, Wallahua'lam.. Sebab tu kita kena kumpul pahala ni dari sekarang.. Apatah lagi di bulan Ramadhan yang menjanjikan ganjaran yang sangat-sangat lumayan buat semua orang Islam yang berpuasa.
Pahala dalam bulan Ramadhan ni banyak..Terlalu banyak. Kata Imam Ghazali, Ramadhan ni macam bengkel membersihkan diri. Nafsu ditundukkan, hati kena kuat melawan semua ujian-ujian. Kita wajib jadikan Ramadhan ni sebagai bulan untuk kita muhasabah diri balik, betulkan apa yang tak betul, jadikan diri lebih baik dari semalam. Maksudnya, kalau dulu tak tutup aurat, cuba perlahan-lahan kerana itu adalah perintah Allah dan wajib diikut. Kalau dulu suka mengumpat, cuba tahan diri daripada tak bercakap pasal orang lain dalam sehari. Tengok hasilnya sendiri, hati akan tenang, Buat apa nak sibuk-sibuk bercakap dan hebohkan keburukan orang lain? Faedah apa dapat? Buat tambah dosa ada lagi. Kalau dulu selalu lewatkan solat, cuba lawan perasaan malas dan cuba solat awal waktu. Dan yang lain-lain hal yang hanya kita sendiri tahu bagaimana kita dengan Allah SWT. Cuba transform semua ni dalam bulan yang mulia ni. In Sha Allah Allah tolong kita jika kita nak berubah ke arah kebaikan.
Satu hal yang kita kena ingat, kita kena sedar, kena cepat-cepat sedar..Kita makin hari makin bertambah umurnya. Makin hari makin dekat nak bertemu dengan Allah SWT. Bila orang ucap selamat hari lahir, ketahuilah umur kita makin bertambah. Genap ke ganjil ke ianya makin bertambah. Kita tak tahu bila kita akan pergi.. Boleh jadi esok lusa. Boleh jadi kejap lagi mana kita tahu.. Mati itu pasti. Ada yang meninggal awal, ada yang sampai umurnya 70 80.. Senang kata, cuba kita fikir sampai bila kita akan hidup?? Kita ada jawapan? Takde bukan. Kita pun tak tahu nak jawap apa kerana mati itu memang pasti. Semua yang hidup pasti akan mati. Jadi, apa lagi yang kita nak banggakan dengan dunia yang sementara ni? Kita muhasabah diri balik.. Betulkan apa yang patut dan bersungguh-sungguhlah dalam mencari keredhaan-NYA. Jadilah hamba Allah yang paling Allah sayang. Kumpul pahala banyak-banyak macam kumpul duit.
Bulan puasa ni bulan Allah SWT. Kenapa puasa ni Allah kata ibadah kepada DIA? Kerana puasa ni tak terdedah kepada sifat riak. Puasa tak dapat dizahirkan dengan anggota-anggota badan. Kalau solat orang tahu oh dia tengah solat, kalau baca Al-Quran pun sama orang boleh tahu kita sedang mengaji tapi kalau puasa?? Macam mana orang nak tahu melainkan kalau kita sendiri yang beritahu. Puasa ni niat dan ianya tak dapat dikesan kalau orang tu tengok dari luar macam tu je. Ianya di hati. Ikhlas. Kerana tu Allah suka dan sayang orang-orang yang berpuasa. Allah sendiri yang beri pahala kepada hamba-hambaNYA MashaAllah...Bila kita sandarkan ibadah kepada Allah, ibadah tu jadi mulia. Di bulan Ramadhan yang datang hanya setahun sekali dengan ganjaran-ganjaran, tawaran-tawaran hebat dari Allah ni, kita kena rebut setiap tawaran dan kumpul pahala banyak-banyak..Luangkan masa yang ada dengan beribadah kepada Allah SWT. Berzikir, baca Al-Quran, buat solat sunat, bersedekah dan lain-lain amalan yang dapat memberatkan buku amalan baik kita.
______________________________________________________________________
**
I altered a number of words for it to suit with every paragraph but I didn't change the keyword in every text. It still have its point and the reason I change it is because of the improper arrangements (made by myself ofcourse) of the notes right where the moment I saved every words said by the ustaz. Dia macam sambil dengar sambil buat keje lain tapi nak save jugak so jadi 3 kerja dalam satu masa hahaha
I'll get back here.. With another different dates In Sha Allah :)
Assalamualaikum :)