Bersihnya hati seseorang itu terletak kepada enam perkara :
1- Tilawah Al-Quran dan tadabbur.
2- Banyak mengosongkan perut berlapar. Buktinya Al-Quran kerap dibacakan ketika Ramadhan walaupun perut sedang berlapar.
3- Bangun di sepertiga malam dan biasakan berwuduk sebelum tidur kerana wuduk itu membangkitkan semangat kita untuk beribadat kepada Allah SWT.
4- Solat sunat fajar dua rakaat itu lebih utama dari mendapat dunia dan seluruh isinya.
5- Selalu duduk dengan orang soleh. Cukup dengan mencari orang baik yang menjaga lisannya, yang sering duduk dalam masjid, sering berzikir dan sebagainya.
6- Makan dari sumber yang halal. Sumber makanan yang baik akan menjadikan hati yang baik. Dalam makanan yang haram ibarat najis. Sedangkan pakaian yang bernajis boleh buat ibadat kita ditolak, inikan pula darah daging kita yang bernajis kerana makan dari sumber yang haram.
#gambargoogle:)