Sunday, September 6, 2015

Hai biologi




Assalamualaikum.




Orientasi dah habis and semua student boleh qada' tidur dengan jayanya. Itu adalah orientasi paling penat pernah dilalui sepanjang menjadi seorang pelajar. Masa UniKL dulu takde camni, in fact lagi best sebab kat Pangkor and balik tidur awal. Kalini everyday selama seminggu balik tidur pukul 2.30 pagi and the exact sleep time was 3.30 sebab bila balik nak mandi, solat and prepare barang2 untuk esoknya. Then kena berkumpul pukul 6.30 or 7.30 pagi. Untuk yang masa hari berkumpul jam 6.30 pagi tu yang paling penat sangat. Tidur tak cukup, bila bangun rasa nak tidur je lagi. I had this in my mind, nak ponteng je boleh tak hahaha tapi tak berani nak buat. Ok maybe tak tiring untuk korang tapi ianya memenatkan untuk diri ini.. T_T Tapi semua itu sudah berakhir pastu tiba2 rindu plak time orientasi huhuhuhu




My everyday dialogue here adalah, kos mana, nama apa, nak nombor boleh tak, umur berapa, jgn panggil akak tau, panggil nama je, unikl farmasi, x amik farmasi sbb tak lepas fizik, kalau nak amik jugak kena repeat fizik bagi dapat B, tula takpe tak kisah tak dpt sambung farmasi sbb kos lebih kurang je....... Ok tu la dialog harian aku hahaha :D Tang umur tu biasanya aku yg start tanya "19 kan?" Pastu diorang pun akan tanya aku sebaya ke then aku akan cakap tak, saya 21 hehehe. Then dorang akan cakap tak macam 21 pun hihihi sebab tu aku mengelak bila orang tanya umur haha. Budak diploma ada jugak cuma takde yg dari unikl. Politeknik ramai and apa yg best pasal u ni adalah dia amik semua student dari semua peringkat. Means dia amik jugak dari diploma :) Aku call u2 lain masa praktikal haritu (taknakmentionuapa) semua taknak budak diploma. So masa tu aku kecewa gila sebab tak tahu nak buat apa dgn hidup aku ni hahaha. So masa nk mohon u ni pun, aku tak berharap dapat sebab aku main hantar je result sem satu sampai sem lima which is aku tak bagi apa dia nak and aku ikut sukahati aku je nak bagi apa aku ada! Haha tapi tulah, rezeki.. Rezeki yg tidak disangka-sangka Alhamdulillah :)  Aku seolah-olah rasa doa aku dijawab dan Allah bagi apa yang aku nak selama ni cuma TIMING. Dan kita sebagai hambaNYA kena SABAR TUNGGU DAN TERUS DOA.





Esok start kelas and aku dah prepare semua benda. Baju aku dah iron siap2 itu pun penat paksa diri hahaha sebab aku kan tak suka iron baju.. Tudung pun aku cari yang takyah gosok hihi tapi kena la rajin jugak sebab nanti in future aku kena gosok elok2 gak sebabbbbb bangcap punya style, baju dia kena kemas dan digosok elok.. Which is far from what I think and far from what I always did...aku kalau asal tak nampak kedut ok dah :p





Kemudahan kt sini semuanya lengkap Alhamdulillah.




1- Bilik iron, washing machine and water machine ada di setiap tingkat.



2- Ada lif untuk tingkat 5 dan ke atas. Iols tingkat 5 so boleh naik lif hihihi



3- Bilik besar dan duduk dua org. Roomate kita kos akaun and dia 19 tahun and dia dgn family dia baik sangat  :)



4- Ada 8 hostel atau sini panggil desasiswa. 5 kat dalam 3 kat luar. Yes iols kena duduk yang dekat luar punya huhuhu tapi ada bas jangan risau and ada jejantas yang menghubungkan hostel luar ni dengan main campus.



5- Tak boleh bawak kereta. Rasanya second year nak duduk luarrrrrrrrrr.




6- Kelas tak pack kalau tengok jadual. Berbanding diploma dulu, setiap hari ada kelas and kelas bersambung sambung tapi kalini Alhamdulillah tak. U ni ada kokurikulum and kita masuk pengakap atau kelanasiswa hihihi.



7- U ni penuh dengan aktiviti2 setiap minggu and september ni je dah banyak festival, event, konsert2, pertandingan antara hostel, event talk dekat Spice Penang and banyak lagi la. Sabtu Ahad tu memang keluar la jawabnya..U kerajaan mmg camni sebab kengkawan yg duduk uia, um, ump semua sibuk setiap minggu.



8- Iols dah sunburn. Sekian.




Sekian untuk hari ini. Nanti free kita update lagi! Sori tak letak gambar sebab tak dapat log in identiti untuk student u ni pastu faham tak semua student dah boleh main u ni punya wireless siap boleh tengok youtube lagi huhuhuhu sis masih lagi menggunakan internet celcom hmm taknak la cakap dah kbye Assalamualaikum! *:)*