Tuesday, May 26, 2015

Dunia tempat berpenat-penat.

Assalamualaikum.



Bayangkan,




Kelas pukul 8 pagi so kau kena bangun pagi pukul 6 untuk solat Subuh. Kemudian bersiap dan ke kelas. Menuntut ilmu. Another hours kau kena survive untuk belajar kemudian jam 5 lah biasanya, biasanya lah kelas habis. Tu belum masuk yang ada extra class ke apa. Yang ada kelas malam tambah lagi satu. Penat kan?




In between those hectic schedule tu kau kena menjalankan tanggungjawab kau sebagai hamba Allah jugak. Iaitu solat. Aku pernah tau rasa malas gila nak solat. Kadang2 aku rasa better aku harung je few hours kat kelas then later la solat..teruk kan? Tapi tak pernah aku buat walaupun pernah rasa macam tu sebab rasa tak tenang. Rehat biasanya dari pukul 1 sampai 2 so dalam masa tu pergi solat. On the way nak pergi solat tu Ya Allah banyaknya dugaan.. malasnya, penatnya..tapi bila air wuduk kena dekat muka, fresh je rasa. So masa rest tu la aku solat. Bila solat hati tenang. Kemudian masuk kelas balik. It was these classes la yang memenatkan. And not the prayers. Prayers tu yang membantu badan kita rehat. Every movements, rukuk, sujud tu semua membantu meregangkan otot2 kita yang dah penat duduk masa belajar. Yelah takkan ko belajar berdiri pulak kan..Tapi..anyway penat kan?



Then balik je rumah/hostel maybe kau sampai dalam pukul 8 malam ke or tak kisah la pukul berapa pun yang penting lepas kau dah mengharungi kelas seharian kau mesti balik rumah la kan. Pastu balik bukan duduk rehat. Maybe ada test or esaimen or kuiz yang kau kena get prepared untuk esoknya or the next upcoming week ke..So kat situ kau dah kena study lagi.. Tak cukup dengan yang di kelas, balik rumah kena buat additional things lagi.... Penat kan?


Tak masuk dengan yang hujung minggu kena korbankan waktu2 emas pergi berjalan or release stress lagi. Kau nak balik rumah pun fikir dua kali sebab banyak kerja tak siap. Kalau nak listkan semua benda yang memenatkan, aku rasa sampai habis pun takkan pernah cukup page ni. Tapi cukuplah aku share pengalaman belajar yang aku rasa semua orang dah/sedang melaluinya. Memang penat kan?



**************************************


Kawan2..





Pernah dengar ayat 'Dunia memang tempat berpenat-penat"?    Ya, dunia memang tempat kita semua berpenat-penat untuk dapat kehidupan yang lebih baik kat 'sana' :)




Perasan tak semua yang kita hadapi macam belajar, masalah, penat semua2 lah adalah ujian untuk kita? Ujian yang membuatkan kita cari Allah balik untuk kita mengadu semua tu pada Dia. Memang betul dunia ni tempat berpenat-penat. Menuntut ilmu pun satu jihad :)




Bila kita penat, kita cari Dia. Allah suka kita cari Dia. Allah suka kita mengadu pada Dia. Takde limit. Sebab Allah selalu ada untuk kita :) No worries bila kau mengadu pada Allah, kau boleh cerita semuanya dan kau boleh rasa Allah tu ada.. dan semestinya kau akan rasa tenang :) Allah tahu setiap inci walau sebesar zarah masalah kau, tapi Allah tetap nak kau cerita, cari Dia mengadu segalanya.... Because that is what our soul are created for  :)




So, the next time kalau kau rasa, 'I can't take this anymore' 'penatnyaa belajar' 'I quit'...



Tanamkan ayat ni..



"Dunia memang tempat berpenat-penat..Sabar wahai diri..Sikit je ni, kau boleh!"











Surah Al-Baqarah. Ayat 153.




"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan shalat; sesungguhnya Allah adalah beserta orang-orang yang sabar."