Monday, July 6, 2015

Cebisan tazkirah 6 Julai.

Assalamualaikum.


Sedar tak sedar kita dah berada di 10 malam terakhir Ramadhan. Tiba-tiba rasa sedih sebab dah nak habis puasa, sekejapnya masa berlalu. Rasa baru semalam hari first puasa.. Tahun depan entahkan sempat entahkan tidak untuk puasa lagi..



____________________________________________________________________________



Berkat adalah hak mutlak Allah SWT. Orang yang tahu akan cari berkat ni dalam hidup dia. Berkat tak datang macam tu je tapi kita kena berjuang untuk dapatkan berkat ni..Terlalu banyak yang Allah beri dalam hidup kita. Ada 5 keberkatan yang Allah bagi :




1- Keberkatan dalam umur kita.

Ada sesetengah manusia umurnya pendek tapi memberi manfaat kepada semua orang dan ada orang yang dah lanjut usianya tapi tidak memberi manfaat kepada orang lain dan diri sendiri. Imam As-Syafie meninggal dunia pada umur 54 tahun. Itu dikira muda dan dia dah menyusun satu mazhab untuk kita amalkan Islam sampai ke hari ini. Kalau takde tu, memang susah kita hari ini nak beribadat..Lain pulak halnya dengan ada yang umur dah 40 tahun tapi liat nak pergi masjid..



2- Keberkatan dalam kehidupan berkeluarga


Harini berapa ramai orang yang bila dia balik ke rumah, dia rasa tenang, aman dan tenteram? Dia rasa bahagia dan tak sabar-sabar nak balik rumah? Berapa ramai yang rasa macam tu? Benda ni nampak simple tapi ianya memberi kesan pada kita untuk jangka masa yang panjang..Dulu kalau nak dengar cerita adik beradik bergaduh, bunuh-bunuh memang jarang sungguh dalam setahun. Sekarang makin kerap. Benda-benda kecik dijadikan sebab yang akhirnya memutuskan tali persaudaraan darah daging sendiri. Bila takde kasih sayang dalam keluarga, maknanya ada yang tak kena.



3- Keberkatan dalam rezeki kita.


Ada orang dia bangun pagi tapi tak solat Subuh terus pergi kerja nak cari rezeki. Kenapa jadi macam tu? Rezeki Allah bagi tapi dia membelakangkan punca utama untuk dia peroleh rezeki. Rezeki kalau ada, kalau yang berkat tu mencukupi untuk semua orang. Lumrah manusia takkan pernah rasa cukup sampai tanah masuk dalam mulut. Kalau berkat, kita rasa cukup je dengan rezeki yang kita dapat. Bila kita jaga halal haram, cara kita dapat rezeki tu akan ada keberkatan dan akan memberi manfaat kepada orang yang makan. Ada orang kerja buruh je, anak ramai tapi anak-anak semua menjadi. Pandai jaga diri, pandai berdikari, belajar rajin, kerja bagus. Ini namanya berkat. Pernah dengar kan berita yang macam ni? Ada yang harta melimpah ruah tapi anaknya bawa masalah. Tak dengar cakap, susahkan mak ayah..Benda ni simple tapi cuba kita muhasabah diri balik cara kita dapatkan rezeki. Berkat rezeki bergantung pada cara kita dapatkan rezeki. Ni sekarang musim berniaga di bazar..Kuih yang paling biasa adalah karipap..Tapi sekarang ada nama karipap oksigen. Bila pegang rasa ringan, inti kat dalam boleh dengar bunyi bila kita goncang sikit.. Rasa-rasa pembeli beli lagi ke lepas terkena hari sebelumnya? Berkat ke rezeki yang kita dapat? Duit kita dapat banyak hari first tu jelah, esoknya takde orang beli lagi.



4- Keberkatan dalam bermasyarakat.


Banyak orang yang hidup satu taman tapi tak kenal dan tak bercampur. 40 buah rumah keliling kita ni adalah tanggungjawab kita. Hal-hal jiran kena amik tahu..bukan jaga tepi kain mereka tapi ambil tahu. Kita ambil tahu ada tak makanan untuk dia makan. Orang dulu-dulu kalau sehari tak nampak dah terjenguk-jenguk dah jiran sebelah..Tapi sekarang takde orang ambil tahu pun sebab tu dah jadi biasa..



5- Keberkatan dalam berilmu. 


Perkara pertama nak dapat berkat dalam berilmu adalah mesti beramal dengan ilmu yang kita dapat. Baru ada berkat. Ilmu tanpa amal seperti pokok yang tak berbuah.. Kalau kita tak amalkan, mana boleh kita nak sampaikan pada orang lain sebab kita tak beramal..Kita amalkan dan kita beri pada orang lain dan ilmu tu akan berkembang..Ini yang jadi talian hayat kita bila dalam kubur nanti. Salah satunya adalah ilmu yang bermanfaat. Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang memberi kesan yang baik pada semua orang..Curi kereta, itu ilmu jugak tapi tak bermanfaat. Menyusahkan orang lagi ada. Carilah ilmu yang bermanfaat dan beramal dengan ilmu tersebut.




Kalau kita ada 5 keberkatan ni, maka lengkaplah kehidupan kita. Tapi nak dapatkan semua ni kita boleh dapat dengan syarat kita nak dapat berkat ni bila buat sesuatu harus berlandaskan keimanan dan ketakwaan.. Kita buat semata-mata kerana Allah bukan kerana manusia atau benda lain..

_________________________________________________________________________




Assalamualaikum :)