Tuesday, July 7, 2015
Terima kasih emak :) (mama)
Assalamualaikum.
Di cuti-cuti Malaysia yang masih berbaki kurang daripada 3 bulan ni, aku cuba memanfaatkan cuti aku sepenuhnya di rumah. Ternyata cuti ni best betul.. Eh memang la dah namanya cuti haha. Kalau orang tanya aku kerja ke tak, aku jawab kerja. Kerja dengan mak hihi. Aku rasa ni lah kerja paling penat sekali tapi berbaloi. Kadang2 aku nak resign je tau, tapi tulah terpaksa tak boleh resign sebab mak kot takkan ko nak biar mak buat kerja sorang2.... Aku mengalami beberapa fasa maturity yang best sepanjang aku duduk kat rumah ni.
Haaa dia ada dua fasa je haha! Fasa pertama. Mak suruh buat kerja rumah. Bukan suruh la.. tolong sebenarnya tapi oleh kerana ini waktu aku duduk rumah yang boleh dikatakan lama sebab dah habis belajar maka aku rasa malas untuk membuat kerja2 rumah. Life masa praktikal dan duduk kat negeri lain memang lain. Sama jugak dengan life masa belajar Aku kerja, balik kerja tidur. Kalau tak tidur aku keluar jalan2, rumah jaga lah jugak tapi bila aku rasa nak buat aku buat.
Tapi dengan mak hari2 kena buat huhhhuhuhuh ok dah takyah nak sendu sangat haha. Jadi aku merasakan, aku seperti dipaksa untuk membuat kerja lalu aku mengadu non stop 24/7 kat dia sampai kadang2 effect emosi dua2 sebab puncanya memang selalu aku yang timbulkan hahaha (sabarjelah) dan aku pun buat kerja rumah dalam keadaan terpaksa...dan ditambah dengan moodynya hahahah perangai!
Ini berlaku selama 2 minggu lebih sampai la aku tersedar bahawa ini lah kehidupan aku nanti 5 tahun akan datang. Eh potong sikit lama sangat tu, 3 tahun akan datang. Cepat Aamiinkan! Hahaha jadi fasa keduanya sekarang adalah aku dah boleh buat kerja tu dengan rela hatinya walaupun ada jugak aku rasa malas. Dan, mak semakin hari semakin tak larat, hanya mampu buat satu-satu kerja dalam satu masa jadi wajib lah aku tolong. Aku harus tolong.
Aku rindu waktu mak menjadi seorang superwoman masa umur aku form 1 sampai form 4. Beliau adalah seorang multitasker yang hebat. Sangat hebat :') Eh aku dah cakap ke belum emak adalah seorang cikgu?
Haa dulu masa aku form 1 sampai form 4, emak mengajar sesi petang. Jadi kami yang sekolah ni balik tengahari mesti nak makan.. Jadi emak bangun pagi buat breakfast untuk abah, kemudian basuh baju, iron baju, lipat baju, pastu turun bawah masak makanan untuk kami kemudian dengan tak rehatnya beliau terus pergi ke sekolah pada pukul 12.30 tengahari. Takde rehat kan? Aku nampak sendiri mak buat semua benda.. Waktu tu aku kecik lagi and mak tak mintak tolong aku lagi jadi beliau buat semua benda sendiri.
Aku tak faham sangat kepenatan emak waktu tu sampai la aku sendiri rasa buat semua benda tu. Aku try. Satu haritu aku cuti aku tak tahu kenapa aku cuti hahaha jadi aku try buat semua yang emak buat. Non stop. Penat kuasa 100 juta sebab takde rehat, itu baru aku yang lepas buat semua kerja boleh rehat tapi bagi emak yang terus pergi sekolah? Mengajar lagi? Jalan lagi? Naik tangga lagi? Terjerit-jerit lagi? Aku tak dapat bayangkan macam mana penatnya seorang emak.. Aku tak pernah ikut mak pergi sekolah, adik je pernah so aku tak tahu mak mengajar macam mana tapi adik cakap mak garang! Hahaha. Tapi itu dulu. Emak masih lagi seorang superwoman cuma berkurang kadar energy nya. Sekarang emak mengajar sesi pagi maka beliau mendapat rehat yang banyak sebab sesi pagi tak stress macam sesi petang dulu-dulu. Sesi pagi bermula pukul 8 pagi sampai pukul 1 tengahari. Kalau sesi petang dulu, emak dah pergi sekolah pukul 10 pagi kadang2, dan balik pukul 6. Kadang2 nak dekat maghrib baru balik.. Aku bersyukur mak dapat tukar ke sesi pagi. Ada lah masa dia nak rehat kat rumah.
Jadi sekarang, apa yang emak ajar kat aku adalah....... Ajarlah anak buat kerja rumah. Paksa dia buat. Paksa dia susun pinggan ikut lorong dan besi2 sebab kalau tak ikut lorong nanti tak cantik susunan dia. Anak dah banyak kali merungut letak camtu je pinggan tak boleh ke maaaaaakkkkk lalu emak menjawab tak boleh sebab tak cantik dan anak tak puasa hati sebab sape je nak tengok pinggan susun cantik2 lalu emak membebel non stop menyebabkan anak terpaksa mengikut cakap emak. Paksa dia tolong. Paksa dia menyapu even anak ada resdung konon dari habuk la penyebabnya nanti kalau menyapu bersin teruk garu hidung macam nak tercabut padahal malam tadi sape suruh makan budu. Paksa anak tolong. Paksa anak kemas surat khabar, iron baju walaupun tahu anak memang tak suka iron baju sebab penat nak spray air hahaha. Sebab dari terpaksa tulah akan lahirnya perasaan rela hati :) Ayat ni aku pernah baca kat twitter, and memang betul.
Aku rasa nanti kalau aku ada anak, seawal umur dia 6 bulan aku nak suruh dia lipat kain tolong aku hahaha! Eh sebut twitter rindu pulak nak main twitter hihi
Aku share sebab aku tak sangka benda yang aku paling tak suka buat dah jadi benda biasa yang aku memang kena buat. Nak taknak kena buat. Jadi aku rasa emak secara halusnya, secara tak sedarnya telah mengajar aku sesuatu yang berharga untuk aku simpan sampai bila-bila.
Tetiba aku sedih pulak bila taip panjang2 ni. Lisa sayang mama :') *janganlah mama baca entri ni*
Assalamualaikum!