ringkasan of this long entry*****
"Praktis dua benda ni :
-- Sebelum nak buat apa-apa, tahu apa dan kenapa kita buat sesuatu tu. And dia boleh naikkan iman tak?
--Tanya pada diri, apa perasaan kita pada Allah harini.. sedih ke, bersyukur ke, gembira ke, stress ke...
******
Ada satu hari tu, aku tengah rehat-rehat dalam bilik. Takde buat apa la ni..kemudian ada seorang classmate aku whatsapp. Katanya ada usrah dekat surau bawah. Dalam hati aku, nak pergi ke tak eh nak ke tak eh sebab aku free je malam tu. Tapi entah kenapa aku takde rasa nak pergi..Alasan nombor satu aku taknak pergi adalah sebab -nak study. Pastu aku reply "lepas maghrib lisa turun insyaAllah". Kena paksa jugak ni hati aku pujuk suruh pergi. Try test tengok..so aku pun turun la dengan bersiap ala kadar sebab dalam bangunan tu je suraunya.
Dalam perjalanan tu aku risau takut usrah ni habis lambat padahal dua jam je pun. And sebenarnya kalau aku study pun, takde maknanya dua jam tu aku boleh fokus. Kalau duduk library, ye memang boleh fokus. Kalau kat bilik, sejam setengah paling lama boleh fokus and itu pun dengan keadaan yang takde roomate. Eh bukan maksudnya roomate aku ni menganggu ke apa cuma aku lagi suka study sorang and sunyi sepi :) Aku turun tu dengan hati yang terpaksa gila. Macam kena paksa betul la ni tapi aku pergi jugak la sebab first aku free walaupun tak ikhlas pun masa pergi tu fikir study la takut habis lambat la apa la, kedua sebab classmate aku ajak sebab kami kelas sama so tipu la kalau aku kata aku ada kelas ke or tak free sebab malam kott lepas maghrib mana ada kelas dah. Paling lambat kelas habis pukul 7..aku tak reti tipu jadi aku lagi sanggup buat walaupun tak ikhlas/terpaksa. Ketiga sebab aku tak pernah pergi usrah and aku ada perasaan ingin tahu sebanyak 10%. Yup 10 je haha.
***
Usrah pun habis. Tak lama pun ala dua jam je rupanya. Balik tu boleh study lagi.
**The following week*
aku ingat usrah tu setakat sehari tu je. sekali dah masuk dalam group whatsapp. mana nak lariiii takkan aku nak left. haaa nampak tak ketidakikhlasan aku dalam hal ni.
Ada usrah lagi tau next week. semua orang boleh datang tak?
isnin free tak
rabu free tak
selasa free tak
bila lisa free ye?
lisa koko bila?
ada pape tak malam ni?
malam ni free tak?
jom jumpa kejap? tak lama sejam je hehe
nak datang bilik boleh?
jom keluar makan?
ada kelas ke harini?
kelas habis pukul berapa?
jom jumpa kejap?
Semua ni serius buat aku serabut. Sebab aku tak reti susun masa aku masa mula-mula haritu. Aku rasa stress gila mana nak study, buat esaimen, pastu usrah lagi, pastu nak rehat lagi, pastu akak ni selalu ajak keluar or datang bilik. Aku rasa macam aaaaaaa taknak keluar nak study sekian terima kasih. Tapi macam aku cakap mula-mula tadi, aku jenis tak reti nak tolak walaupun aku taknak buat sesuatu benda tu and end up aku akan buat jugak walaupun TERPAKSA n TAK IKHLAS. So aku join je usrah tu setiap minggu walaupun aku terpaksa. Ada hari yang kelas full and malamnya ada usrah and aku rasa macam taknak pergi tapi aku pergi jugak sebab nak jaga hati akak and kawan2 yang lain yang dah bagi kerjasama menghadirkan diri. Mostly aku memang pergi dalam keadaan terpaksa. - tapi semua ni la sebenarnya yang banyak membantu. Banyak sangat :)
Benda yang aku paling tak suka dulu menjadi benda yang aku paling suka. Yang aku tolak dah jadi benda yang aku sendiri akan pergi cari. Aku pernah pergi rumah kakak tu and jumpa kawan2 dia. Tenang dia lain macam bila aku berada dalam rumah tu..they are sooooo warm and friendly :') Dorang layan lembut sangat and layan macam dah lama kenal padahal first time jumpa.. Betullah Nabi suruh berkawan dengan orang yang baik-baik sebab memang effect dia aku dapat rasa. Kita pun akan dengan sendirinya nak ubah..and peliknya aku tetiba perasan rasa lain tu dimana rasa terpaksa nak pergi usrah tu makin berkurangan setiap minggu..
Andddddd bila aku tak lagi menjadikan study sebagai tujuan hidup. Lain dengan dulu masa aku mula-mula baru masuk, dalam kepala hanya nak four flat pastu dapat A. Tu je yang aku tahu. Tapi bila makin lama aku pergi and dapat ilmu-ilmu baru,
tujuan hidup - untuk Allah. Kita datang dan dicipta untuk beribadat kepada DIA.
kenapa kita sanggup spend dua jam untuk study tapi susah nak stay lama atas sejadah?
benda-benda or aktiviti yang kita buat selama ni, pernah tak terfikir samada benda tu akan menaikkan iman kita atau just untuk membuang masa kita je?
contohnya, tengok wayang pasal sejarah dulu - kalau untuk amik pengajaran or untuk tingkatkan keyakinan diri or apa-apa yang baik yang menjurus kepada obses dengan Allah, boleh go on dengan aktiviti tu.
Paling simple nak buat apa-apa ingat Allah and tanya diri sendiri apa yang kita akan buat boleh tak membantu kita untuk naikkan iman and takutnya kita kepada Allah?
1) nak study -
tujuan : (dunia) dapat 4 flat, dapat A, dapat kumpul mata untuk hostel, dapat anugerah dekan
(akhirat) ? - niat dalam hati sebelum study, nak menambahkan ilmu and supaya bila ilmu ni dipelajari boleh sampaikan pada semua orang and boleh sampaikan ilmu agama sekali. :)
2) nak basuh baju -
dunia - macam2. nak senang, esok takyah basuh la, basuh sebab esok busy, esok nak study la apa la.
akhirat - basuh sebab esok nak study -> nak study -> nak dapat A nak jadi lecturer supaya boleh sampaikan ilmu agama kat orang :)
3) nak keluar jalan2 -
dunia - beli baju sebab saja. sebab suka. sebab dah lama takde baju baru dalam almari amboi haha
akhirat - sebab apa nak keluar? kalau keluar tu boleh tak buat kita lupa Allah? membazir? buang masa? or jumpa kawan boleh eratkan persahabatan yang ingatkan kita pada Allah? atau keluar pastu solat jemaah sekali dengan kawan2 merapatkan and luangkan masa yang ada? Banyaaaak kena tanya sebelum buat pape :)
4) nak tengok tv -
dunia - sebab ada beto. sebab beto berlakon. sebab beto hensem haha. sebab boring. sebab takde kerja. sebab saja nak tengok tv.
akhirat - rancangan tu boleh tak membuatkan kita ingat pada Allah? ataupun hanya buat kita lupa pada Allah? aurat2 lelaki dan perempuan? nafsu? dan banyaaak lagi kena tanya. Patutlah dulu aku macam pelik gila bila ustazah kata dia dan suami tak bagi anak-anak mereka tengok tv. Ustazah tu pun hanya bagi anak-anak dia dengar lagu nasyid or kalau tv pun, hanya ceramah je. Baru faham :)
5) nak mandi - dunia? akhirat?
6) nak tidur - akhirat - nak bangun tahajud, nak bangun solat awal, nak energy supaya boleh solat dengan khusyuk
7) nak dengar lagu - bagi benefit tak? lagu jenis macam mana? sebab nak dengar?
8) nak conteng-conteng - d? a?
9) nak lepak-lepak - d? a?
10) nak beli tudung, pakai baju, dress-up semuanya. Untuk Allah atau untuk pujian manusia? dunia atau akhirat?
11 12 13 14 15 16 17 dan 723538937639983563573 aktiviti-aktiviti lain yang kita sendiri tahu kita buat setiap hari.
Praktis dua benda ni :
-- Sebelum nak buat apa-apa, tahu apa dan kenapa kita buat sesuatu tu. And dia boleh naikkan iman tak?
--Tanya pada diri, apa perasaan kita pada Allah harini.. sedih ke, bersyukur ke, gembira ke, stress ke..
Banyak lagiiii aktiviti-aktiviti dalam hidup kita yang kita kadang-kadang tak tahu pun apa TUJUAN DAN KENAPA KITA BUAT BENDA TU. Mostly, aku cuma buat semua benda ni sebelum ni hanya sebab nak seronok, enjoy free time, rehat rehat sampai badan pun lesu and tak aktif. Aku juga merasakan penat yang mana kelas aku full pastu malam ada benda lain lagi and aku sampai bilik memang pukul 9 malam ke atas. Tapi yang peliknya aku penat tapi tak rasa moody malah aku rasa happy and still bertenaga. Yang ni aku pelik sebab bukan senang seorang lisa nak happy dikala penatnya dia hahaha :p
And even aku sampai bilik jam 9 malam ke atas pun, aku merasakan jam tu seolah-olah bergerak sangat perlahan sampai aku sempat mandi and rehat pastu study dengan fokusnya selama sejam setengah and aku sempat habiskan sub topic yang susah gila nak faham. Aku macam..eh dah habis dah. Oh macamni je ke..oh senangnya. Eh kenapa tetiba rasa senang eh..:D
Betul la janji DIA, kalau kita cari Allah, Allah akan tolong kita :)
Jaga masa. Limitkan setiap jam untuk apa and paling penting, tahu tujuan apa kita buat setiap perkara or kerja tu.
"A baby step is better than taking no step at all."
-just sharing :)