Wednesday, December 16, 2015

Stadi wik


Harini aku terlepas Subuh lagi.
Jam 1 pagi semalam aku dah mengantuk sebenarnya. Macam mana aku tau aku mengantuk?

Bilamana aku perasan yang aku dah tertidur selama  5 minit dalam position duduk yang statik.
Nasib tak tumbang. Atau jatuh kerusi.

Pastu aku decide nak tidur sebentar sebagai syarat untuk solat.

Half an hour ja.

Cukup half an hour alarm bunyi.

Pastu aku lupa tutup wifi jadi banyak whatsapp masuk.

Aku jadi serabut untuk beberapa saat kerana lupa tutup wifi- dan kerana banyaknya whatsapp2 tersebut.

Dan entah macam mana aku terbaring dan terus tidur. Sekian 


Harini aku terlepas Subuh....Aku ingatkan harini akan jadi hari yang menyedihkan sebab..
Allah mesti marah kan aku tak solat..Pastu bangun-bangun nak qada' pastu buat dhuha.

Dia macam dah la terlepas subuh - pastu tidur selepas subuh menolak rezeki - Allah bagi rezeki kau tidur as if buat dek ja dengan continue tidur - pastu bangun terus nak qada' - pastu buat dhuha nak ambil balik rezeki tu - macam-eh-tak-malunya-dahla-tadi-taknak-rezeki-pastu-bangun-nak-balik-rezeki-tu


Tapi, aku merasa ketenangan yang best walaupun harini terlepas Subuh. 



Ya Allah, Maha Pemurahnya Engkau :')



Ketenangan maksudnya ;
- tanpa whatsapp
- tanpa wifi



Aku juga merasa happy bila orang-orang penting memahami kesukaan aku yang suka off wifi. Dia macam mana nak cari orang yang faham camnihhh...macam kebebasan milik hak setiap insan tu memang diguna pakai betul dalam life aku sekarang haha. Hai arukas ;)



Maafkan saya jika ada yang whatsapp tengahari tapi lepas isyak baru direply...

Maafkan saya juga kalau ada yang dah bluetick tapi tak reply sebab ;
- busy
- sempat baca ja
- ada benda lain lagi penting. 


Yang ajak keluar tapi saya kata ada hal. "Ada hal" maksudnya luas ya. Dan hal yang dimaksudkan adalah seperti, study, basuh baju, tidur, kemas bilik dan lain-lain lagi dan aku merasakan privacy aku seolah-olah diceroboh apabila orang tanya, "Hal apa.....?" Ini kerana, aku perlu menyatakan hal-hal seperti diatas yang mana ianya sangat mustahil untuk buat orang tersebut faham yang betapa malasnya aku nak keluar. Sekian


**********

Study week dah bermula. Aku hanya mampu meminta maaf kepada semua yang membaca kalau ada salah silap yang sengaja atau tak. Aku taktau siapa yang baca blog ni tapi page view naik je setiap kali aku bukak, so emmmmm korang stalk aku eh? Haha. 


Doakan saya dapat jawab semua soalan exam tau :)
Assalamualaikum :)





"Jika kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan."