Friday, December 18, 2015

Stadi wik part 3

Harini aku cuba mencatat segala aktiviti-aktiviti yang aku lakukan.
Bersama dengan masanya sekali.



As if, 
Rehat from what time to what
Study dari jam berapa ke berapa
Solat dari jam berapa ke berapa


Selesai mencatat, walaupun belum ke malam, aku merenung kertas kecil ini


Tetiba terasa tertampar dengan diri sendiri.




Sebelum-sebelum ni punya aktiviti3 yang aku tak pernah catat,
Aku taktau berapa banyak masa yang aku dah buang or aku guna untuk berehat..yang mana,
Aku sangat lah berada dalam zon selesa. 


Kejap-kejap nak rehat

Kejap -kejap nak makan well ko hidup untuk makan je ke?


Kejap-kejap nak rehat lagi.

And the cycle repeat.



Sejak masuk sini, aku sering berada di luar zon selesa Alhamdulillah :)

Cuma aku terfikir tentang waktu-waktu dahulu..

Zaman-zaman SPM 

dan sebagainya


Dan aku juga terfikir, betapa banyaknya masa aku gunakan untuk berehat dan tidur dan makan dan jalan-jalan tapi sedikit masa untuk mencari DIA   T__T



Solat berapa minit ja..tak sampai 10  minit itupun nak buat laju gak nak kejar apa tah



Yang lain-lain kalau teringat baru buat...
KALAU...



Ala tertamparnya rasa ....



dia sebenarnya kan, bila dah tersedar daripada benda yang lalai tu pun itu satu nikmat yang tak semua orang boleh dapat :)




Itu tanda Allah masih sayang kita :)



Thursday, December 17, 2015

Stadi wik part 2

Part paling best masa study week adalah bila mana rasa bersemangat nak belajar tu datang full untuk the whole day. 

Macam hang jaga gila ah dengan masa.

Kurang main wifi atau tak bukak langsung.

Kurang keluar.

Kurang dengar lagu.

Banyak baca buku.

Even masa hang rehat pun, hang baca buku motivasi haaa




Part paling tak best adalah bila datang satu perasaan hesitation yang menggunung..

Macam boleh ke aku skor


Boleh ke aku tau semua ni

Betul ke apa aku baca ni akan keluar semua or mana satu yang keluar eh

Eh betul ke aku boleh skor ni



T____T





T_______T






T___________________T

Wednesday, December 16, 2015

Stadi wik


Harini aku terlepas Subuh lagi.
Jam 1 pagi semalam aku dah mengantuk sebenarnya. Macam mana aku tau aku mengantuk?

Bilamana aku perasan yang aku dah tertidur selama  5 minit dalam position duduk yang statik.
Nasib tak tumbang. Atau jatuh kerusi.

Pastu aku decide nak tidur sebentar sebagai syarat untuk solat.

Half an hour ja.

Cukup half an hour alarm bunyi.

Pastu aku lupa tutup wifi jadi banyak whatsapp masuk.

Aku jadi serabut untuk beberapa saat kerana lupa tutup wifi- dan kerana banyaknya whatsapp2 tersebut.

Dan entah macam mana aku terbaring dan terus tidur. Sekian 


Harini aku terlepas Subuh....Aku ingatkan harini akan jadi hari yang menyedihkan sebab..
Allah mesti marah kan aku tak solat..Pastu bangun-bangun nak qada' pastu buat dhuha.

Dia macam dah la terlepas subuh - pastu tidur selepas subuh menolak rezeki - Allah bagi rezeki kau tidur as if buat dek ja dengan continue tidur - pastu bangun terus nak qada' - pastu buat dhuha nak ambil balik rezeki tu - macam-eh-tak-malunya-dahla-tadi-taknak-rezeki-pastu-bangun-nak-balik-rezeki-tu


Tapi, aku merasa ketenangan yang best walaupun harini terlepas Subuh. 



Ya Allah, Maha Pemurahnya Engkau :')



Ketenangan maksudnya ;
- tanpa whatsapp
- tanpa wifi



Aku juga merasa happy bila orang-orang penting memahami kesukaan aku yang suka off wifi. Dia macam mana nak cari orang yang faham camnihhh...macam kebebasan milik hak setiap insan tu memang diguna pakai betul dalam life aku sekarang haha. Hai arukas ;)



Maafkan saya jika ada yang whatsapp tengahari tapi lepas isyak baru direply...

Maafkan saya juga kalau ada yang dah bluetick tapi tak reply sebab ;
- busy
- sempat baca ja
- ada benda lain lagi penting. 


Yang ajak keluar tapi saya kata ada hal. "Ada hal" maksudnya luas ya. Dan hal yang dimaksudkan adalah seperti, study, basuh baju, tidur, kemas bilik dan lain-lain lagi dan aku merasakan privacy aku seolah-olah diceroboh apabila orang tanya, "Hal apa.....?" Ini kerana, aku perlu menyatakan hal-hal seperti diatas yang mana ianya sangat mustahil untuk buat orang tersebut faham yang betapa malasnya aku nak keluar. Sekian


**********

Study week dah bermula. Aku hanya mampu meminta maaf kepada semua yang membaca kalau ada salah silap yang sengaja atau tak. Aku taktau siapa yang baca blog ni tapi page view naik je setiap kali aku bukak, so emmmmm korang stalk aku eh? Haha. 


Doakan saya dapat jawab semua soalan exam tau :)
Assalamualaikum :)





"Jika kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan."


Sunday, December 6, 2015

Have you ever felt...




There are some things that I hope I will have the chances to experience them...again.
Before they were taken from me.

I miss those happy environment..I miss those days when everyone is so happy..
And I feel like it is better to have a complete members and live in stress with it rather than,
- Living with incomplete members and having nothing to stress with.

It strikes me for so many times these days..and usually, I lose my power to it.
I don't have the courage to fight it over and all I can do is just, let myself drowned and sink into it.
I don't really care of not having a new best friend or having none because sooner or later, they left. 

And having a more-than-friend-friend is also a vulnerable thing too.
You have no guarantee. There's no guarantee that you will be with the one that you want. Or the one that you'd hope for. 

Have you ever felt like everything is taken up, and you have nothing left to be happy with?
Friends? Family? Family? Family?

And all you want to do is just, stay alone by yourself like forever because every time you want to feel happy or about to be happy, there must be something that came in and ruined it. 


No one really understand how you actually feel.
They can said, I'm here or You can find me but no..
No one really feel.
No one really understand.

and I pushed away words like ;



- You're a strong girl 



 Probably you never see me waking up at 3 a.m crying my eyes out.


Thursday, November 19, 2015

A baby step is better than taking no step - at all


ringkasan of this long entry*****

"Praktis dua benda ni :

-- Sebelum nak buat apa-apa, tahu apa dan kenapa kita buat sesuatu tu. And dia boleh naikkan iman tak?
--Tanya pada diri, apa perasaan kita pada Allah harini.. sedih ke, bersyukur ke, gembira ke, stress ke...

******


Ada satu hari tu, aku tengah rehat-rehat dalam bilik. Takde buat apa la ni..kemudian ada seorang classmate aku whatsapp. Katanya ada usrah dekat surau bawah. Dalam hati aku, nak pergi ke tak eh nak ke tak eh sebab aku free je malam tu. Tapi entah kenapa aku takde rasa nak pergi..Alasan nombor satu aku taknak pergi adalah sebab -nak study. Pastu aku reply "lepas maghrib lisa turun insyaAllah". Kena paksa jugak ni hati aku pujuk suruh pergi. Try test tengok..so aku pun turun la dengan bersiap ala kadar sebab dalam bangunan tu je suraunya. 

Dalam perjalanan tu aku risau takut usrah ni habis lambat padahal dua jam je pun. And sebenarnya kalau aku study pun, takde maknanya dua jam tu aku boleh fokus. Kalau duduk library, ye memang boleh fokus. Kalau kat bilik, sejam setengah paling lama boleh fokus and itu pun dengan keadaan yang takde roomate. Eh bukan maksudnya roomate aku ni menganggu ke apa cuma aku lagi suka study sorang and sunyi sepi :) Aku turun tu dengan hati yang terpaksa gila. Macam kena paksa betul la ni tapi aku pergi jugak la sebab first aku free walaupun tak ikhlas pun masa pergi tu fikir study la takut habis lambat la apa la, kedua sebab classmate aku ajak sebab kami kelas sama so tipu la kalau aku kata aku ada kelas ke or tak free sebab malam kott lepas maghrib mana ada kelas dah. Paling lambat kelas habis pukul 7..aku tak reti tipu jadi aku lagi sanggup buat walaupun tak ikhlas/terpaksa. Ketiga sebab aku tak pernah pergi usrah and aku ada perasaan ingin tahu sebanyak 10%. Yup 10 je haha.

***

Usrah pun habis. Tak lama pun ala dua jam je rupanya. Balik tu boleh study lagi.

**The following week*

aku ingat usrah tu setakat sehari tu je. sekali dah masuk dalam group whatsapp. mana nak lariiii takkan aku nak left. haaa nampak tak ketidakikhlasan aku dalam hal ni.


Ada usrah lagi tau next week. semua orang boleh datang tak?
isnin free tak
rabu free tak
selasa free tak
bila lisa free ye?
lisa koko bila?
ada pape tak malam ni?
malam ni free tak?
jom jumpa kejap? tak lama sejam je hehe
nak datang bilik boleh?
jom keluar makan?
ada kelas ke harini?
kelas habis pukul berapa?
jom jumpa kejap?


Semua ni serius buat aku serabut. Sebab aku tak reti susun masa aku masa mula-mula haritu. Aku rasa stress gila mana nak study, buat esaimen, pastu usrah lagi, pastu nak rehat lagi, pastu akak ni selalu ajak keluar or datang bilik. Aku rasa macam aaaaaaa taknak keluar nak study sekian terima kasih. Tapi macam aku cakap mula-mula tadi, aku jenis tak reti nak tolak walaupun aku taknak buat sesuatu benda tu and end up aku akan buat jugak walaupun TERPAKSA n TAK IKHLAS. So aku join je usrah tu setiap minggu walaupun aku terpaksa. Ada hari yang kelas full and malamnya ada usrah and aku rasa macam taknak pergi tapi aku pergi jugak sebab nak jaga hati akak and kawan2 yang lain yang dah bagi kerjasama menghadirkan diri. Mostly aku memang pergi dalam keadaan terpaksa. - tapi semua ni la sebenarnya yang banyak membantu. Banyak sangat :)

Benda yang aku paling tak suka dulu menjadi benda yang aku paling suka. Yang aku tolak dah jadi benda yang aku sendiri akan pergi cari. Aku pernah pergi rumah kakak tu and jumpa kawan2 dia. Tenang dia lain macam bila aku berada dalam rumah tu..they are sooooo warm and friendly :') Dorang layan lembut sangat and layan macam dah lama kenal padahal first time jumpa.. Betullah Nabi suruh berkawan dengan orang yang baik-baik sebab memang effect dia aku dapat rasa. Kita pun akan dengan sendirinya nak ubah..and peliknya aku tetiba perasan rasa lain tu dimana rasa terpaksa nak pergi usrah tu makin berkurangan setiap minggu..

Andddddd bila aku tak lagi menjadikan study sebagai tujuan hidup. Lain dengan dulu masa aku mula-mula baru masuk, dalam kepala hanya nak four flat pastu dapat A. Tu je yang aku tahu. Tapi bila makin lama aku pergi and dapat ilmu-ilmu baru, 



tujuan hidup - untuk Allah. Kita datang dan dicipta untuk beribadat kepada DIA.
kenapa kita sanggup spend dua jam untuk study tapi susah nak stay lama atas sejadah? 
benda-benda or aktiviti yang kita buat selama ni, pernah tak terfikir samada benda tu akan menaikkan iman kita atau just untuk membuang masa kita je? 
contohnya, tengok wayang pasal sejarah dulu - kalau untuk amik pengajaran or untuk tingkatkan keyakinan diri or apa-apa yang baik yang menjurus kepada obses dengan Allah, boleh go on dengan aktiviti tu. 
Paling simple nak buat apa-apa ingat Allah and tanya diri sendiri apa yang kita akan buat boleh tak membantu kita untuk naikkan iman and takutnya kita kepada Allah?




1) nak study -
 tujuan : (dunia) dapat 4 flat, dapat A, dapat kumpul mata untuk hostel, dapat anugerah dekan
(akhirat) ? - niat dalam hati sebelum study, nak menambahkan ilmu and supaya bila ilmu ni dipelajari boleh sampaikan pada semua orang and boleh sampaikan ilmu agama sekali. :)


2) nak basuh baju -
dunia - macam2. nak senang, esok takyah basuh la, basuh sebab esok busy, esok nak study la apa la.
akhirat - basuh sebab esok nak study -> nak study -> nak dapat A nak jadi lecturer supaya boleh sampaikan ilmu agama kat orang :)


3) nak keluar jalan2 -
dunia - beli baju sebab saja. sebab suka. sebab dah lama takde baju baru dalam almari amboi haha
akhirat - sebab apa nak keluar? kalau keluar tu boleh tak buat kita lupa Allah? membazir? buang masa? or jumpa kawan boleh eratkan persahabatan yang ingatkan kita pada Allah? atau keluar pastu solat jemaah sekali dengan kawan2 merapatkan and luangkan masa yang ada? Banyaaaak kena tanya sebelum buat pape :)



4) nak tengok tv -
dunia - sebab ada beto. sebab beto berlakon. sebab beto hensem haha. sebab boring. sebab takde kerja. sebab saja nak tengok tv. 
akhirat - rancangan tu boleh tak membuatkan kita ingat pada Allah? ataupun hanya buat kita lupa pada Allah? aurat2 lelaki dan perempuan? nafsu? dan banyaaak lagi kena tanya. Patutlah dulu aku macam pelik gila bila ustazah kata dia dan suami tak bagi anak-anak mereka tengok tv. Ustazah tu pun hanya bagi anak-anak dia dengar lagu nasyid or kalau tv pun, hanya ceramah je. Baru faham :)

5) nak mandi - dunia? akhirat?


6) nak tidur - akhirat - nak bangun tahajud, nak bangun solat awal, nak energy supaya boleh solat dengan khusyuk


7) nak dengar lagu - bagi benefit tak? lagu jenis macam mana? sebab nak dengar? 


8) nak conteng-conteng - d? a?


9) nak lepak-lepak - d? a?

10) nak beli tudung, pakai baju, dress-up semuanya. Untuk Allah atau untuk pujian manusia?  dunia atau akhirat? 

11 12 13 14 15 16 17 dan 723538937639983563573 aktiviti-aktiviti lain yang kita sendiri tahu kita buat setiap hari. 

Praktis dua benda ni :

-- Sebelum nak buat apa-apa, tahu apa dan kenapa kita buat sesuatu tu. And dia boleh naikkan iman tak?
--Tanya pada diri, apa perasaan kita pada Allah harini.. sedih ke, bersyukur ke, gembira ke, stress ke..

Banyak lagiiii aktiviti-aktiviti dalam hidup kita yang kita kadang-kadang tak tahu pun apa TUJUAN DAN KENAPA KITA BUAT BENDA TU. Mostly, aku cuma buat semua benda ni sebelum ni hanya sebab nak seronok, enjoy free time, rehat rehat sampai badan pun lesu and tak aktif. Aku juga merasakan penat yang mana kelas aku full pastu malam ada benda lain lagi and aku sampai bilik memang pukul 9 malam ke atas. Tapi yang peliknya aku penat tapi tak rasa moody malah aku rasa happy and still bertenaga. Yang ni aku pelik sebab bukan senang seorang lisa nak happy dikala penatnya dia hahaha :p  

And even aku sampai bilik jam 9 malam ke atas pun, aku merasakan jam tu seolah-olah bergerak sangat perlahan sampai aku sempat mandi and rehat pastu study dengan fokusnya selama sejam setengah and aku sempat habiskan sub topic yang susah gila nak faham. Aku macam..eh dah habis dah. Oh macamni je ke..oh senangnya. Eh kenapa tetiba rasa senang eh..:D 



Betul la janji DIA, kalau kita cari Allah, Allah akan tolong kita :)
Jaga masa. Limitkan setiap jam untuk apa and paling penting, tahu tujuan apa kita buat setiap perkara or kerja tu.


"A baby step is better than taking no step at all."

-just sharing :)

Sunday, November 8, 2015

A hard, tough but always a possible journey to carry on.



Assalamualaikum.


I know I've been on personal mood for the second time along with this entry on my blog but maybe it's just because I prefer to write it this way..Unusual like how I used to I know. So I had a quite busy week and I haven't attend any groups' on this week because there's an event on the day the groups' talk and I was unable to attend.. The first thing that I felt was empty. The emptiness of I don't know what it is but I felt empty. Because I used to go for the talk every week. 


Short story short, I attend the talk today. Well it wasn't a talk but more like a sharing session and I prefer to keep the real word to myself..It felt so good and it gives me clearer vision of how I should see things differently and the fact I need to change certain thing is just one of the things that is currently running in my mind. It's like em I have to change certain things that actually will bring me impacts but I don't know how big the impact will be or whether changing it will change my life or myself or people around me or how they act towards me or anything..But I just want to change everything. It's just something that can't be postponed because it is so important in my life. It is too important. 


The first thing that I hope from people I'm going to talk with is that, I hope they will accept and understand why I did this..and the last thing is, even if they disagree with what I will do, I will keep on doing it. It sounds like a real serious thing but it is important but this is just a baby step or the first step towards everything. I can't wait to tell them and I hope they will like and support me and not forcing me to quit or bash or anything..Like I said, I'm going to keep continue doing it. Eventhough I don't know how my life will be after this, but I know it's going to be better than the past 20 years. I know this will help me in future. I know this will be hard and a tough journey to carry on, but it is always possible to do this. 


And I better start doing it now, :)



Assalamualaikum :)

Saturday, October 17, 2015

7 cabang kejayaan.

Assalamualaikum.




*Ceramah Motivasi oleh Dr. Ahmad Termizi Abd Razak. Murabbi Pencetus Ummah.*





Ada 7 cara untuk dapat kejayaan.




1- Hati. Bermula dari hati adalah perkara yang paling asas untuk berjaya. Letaknya hati adalah selepas akal (atas) dan selepas hati adalah nafsu (bawah). Hati milik kita tetapi yang menggerakkannya adalah Allah SWT. Hati adalah cerminan hidup kita dan ia dicipta hanyalah untuk taat kepada Allah. Kalau hati tenang, aman damai maka senang untuk kita belajar and kita sendiri akan rasa mudah untuk buat semua perkara..sebab bila hati dah taat kepada Allah, semua benda jadi mudah. 





2- Mendampingi Al-Quran. Kalau sehari tu sibuk sangat, baca satu ayat pun jadi lah. Jangan tak baca langsung. Our soul needs Al-Quran. Perasan tak ada hari yang tiba-tiba kita terjaga pukul 3 atau 4 pagi padahal kita tak plan pun nak bangun waktu tu? Kita set alarm pukul 6 pagi tapi terjaga pukul 4 pagi? lepas tu...aaahhh malas lah subuh lambat lagi tarik selimut sambung tidur...Siapa pernah buat macam ni? Semua orang mesti pernah buat ni..Kita punya tahajud tu, bukan tahajud. Bangun buang air kemudian sambung tidur. Apa la salahnya alang-alang dah kat tandas tu, amik wudhu 2 minit, solat sunat 5 minit.. Tapi tak ramai yang buat macam ni. Kalau bangun buang air, sanggup pergi tandas walaupun tandas jauhhh hujung sana. Tapi kalau nak amik wudhu, di tangguh-tangguh. Itu tandanya Allah lah yang mengejutkan kita untuk terjaga. Bukan alarm. Bukan sesiapa. Kadang tu kita tak niat pun untuk bangun sekian-sekian tapi tiba-tiba terjaga, maka bersyukurlah terjaga di awal pagi dimana pagi yang hebat bermula dengan tahajud, solat sunat sebelum subuh, solat subuh dan dhuha. Kalau nak tidur, tidur kejap sebelum zohor. Dapat pahala lagi. Aturan yang Allah bagi tu mudah kan? :) 

Kemudian perasan tak kalau kita tak mengantuk sampai jam 2-3 pagi padahal kita perlukan tidur sangat2? Lisa pernah baca satu quote yang maybe boleh di consider, "Jika anda berjaga malam sehingga ke lewat pagi dan susah untuk tidur, mungkin sebab jiwa anda nak sangat bertemu dengan Allah, kerana itu anda masih berjaga dan sukar tidur." This is just a quote but somehow it is true. Kalau dah ada sebab2 lain macam dah tidur petang or tidur the whole day pastu malam susah tidur itu pun betul jugak but let's just ignore other reasons jap. For me, quote ni ada betulnya. Possibility tu ada. Untuk pelajar, ada tiga surah yang boleh dibaca. 

  - Surah Al-Waqiah - Surah Yasin - Surah Al- Sharh 





3- Hidup mengikut cara Islam. Patuhi semua perintah Allah. Makan makanan yang halal. Berbuat baik dengan orang sekeliling.. 





4- Cintakan Rasulullah. Untuk part ni, lisa suka tengok video Maher Zain - The Chosen One. Suka dengan cara Maher Zain interprete perilaku Rasulullah dalam video tu :) Meremang je setiap kali play lagu2 Maher Zain....:'D   Lakukan sunnah-sunnah Rasulullah.. Baca Al-Quran sampai terbit fajar. Dhuha jangan tinggal. Pelajar jangan tinggal semua amalan2 ni. Tak lama pun nak solat sunat, nak spend masa dengan Allah. Buku-buku jugak, kuliah-kuliah jugak..Ingat, kita hidup untuk siapa? Kembali untuk siapa nanti? Nanti tu bila? Bila pun kita taktau...Jawapan dia : BILA-BILA MASA 



5-  Sabar diatas ujian. Ujian tu sikit ja, jangan give up. Allah bagi ujian sebab Allah tahu kita mampu. Mana ada Allah bagi ujian yang kita tak mampu nak tanggung..Allah jaga kita, tahu setiap inci pasal kita..Yakinlah DIA tahu yang kita mampu. Hidup kalau takda ujian, tak syok lah. Asyik gembira ja, kena ada sedih-sedih, turun naik. Dari situ kita dapat pengajaran, apa tu orang putih kata. Life lessons..ka apa tah (masa ni semua gelak :D)


6- Bersyukur atas segala nikmat. Gunakan nikmat dengan baik. Nikmat bangun pagi, nikmat bergerak, nikmat makan dan banyak lagi nikmat yang Allah bagi dengan izinNYA. Rasa-rasa kalau Allah taknak bagi kita bangun, boleh ka kita bangun? Mata kita ni gerak sebab Allah..Kita mampu berjalan sebab Allah. Semuanya sebab Allah. "Maka nikmat manakah yang engkau hendak dustakan?" Pernah dengar dak ayat ni? Nikmat mana yang kita nak persoalkan? Takda satu nikmat pun yang kita boleh persoalkan.. Apa kita dapat ni ini yang kita perlukan. Untuk hidup. Untuk taat kepada Allah.



7- Istiqamah. Cuba istiqamah. Bermula dengan hati. Sebab tu peranan hati nombor satu kalau nak berjaya Jangan duk cakap pasal orang, jangan mengumpat, jangan sebarkan benda2 yang tak betul. Apa seronok sangat ka duk cerita pasal orang? Aman ke hati tu kalau selalu mengumpat? Rasa diri tu hebat sangat dah duk cerita pasal orang? Ni nak tanya la...Kalau orang duk cerita benda tak betul atau benda yang kita takmau orang cerita pasal kita ni, seronok dak? Siapa jawab ya memang pelik. Jangan buat. Senang ja nak tahan diri tu dari duk cerita pasal orang. Selalu sangka baik dengan orang. Kalau dia buat benda tak betul pun, simpan sorang-sorang. Jangan duk sebar benda buruk dia buat. Dia jahil, dan tugas kita untuk membetulkan dia dengan nasihat. Setakat yang kita mampu, kita buat. Kalau tak mampu nak nasihat, berdoa. Itu senjata selemah-lemah yang kita boleh guna untuk bantu dia. Jangan rasa kita hebat, kita pun bukan betul sangat. Kita jangan berlagak macam kita takdak buat salah apa, macam kita perfect dari segala segi, mana tahu kita pun ada tersalah cakap, terbuat benda2 yang kita sendiri tak sedar. Mesti kita harapkan dengan orang2 yang terkena dengan kita bila kita buat benda yang kita tak sengaja tu, faham dan maafkan kita. Sebab apa? Sebab kita tak sengaja. Kita tak sedar tersakitkan hati dia, termungkir janji. Ha macam tulah dalam situasi orang yang kita duk cerita tu. 

Istiqamah bab Al-Quran. Kalau mula-mula nak cuba, baca setiap hari. Walaupun satu ayat, kalau mampu baca satu muka surat. Kita ni semua mampu ja sebenaqnya kan...yang belum kahwin tu ada ja aih masa nak lepak, masa nak makan, masa nak duk saja-saja. Dah duk saja-saja tu amik wudhu, baca Al-Quran. Dapat pahala. Yang dah kahwin ni lagi seronok. Baca dengan pasangan.. Yang belum kahwin teruskan perjuangan..Yang sudah berkahwin tu tambah-tambah cawangan...walaupun baaaaaaaanyak rintangan..,..(semua gelak masa ni :'DDD) 

Luangkan masa sikit dengan Al-Quran. Janji jangan tinggal Al-Quran. Lama-lama rasa tak lengkap hari tu kalau tak baca..rasa macam alamak hari ni macam tak best la pasaipa tah.. Kemudian, upgrade action kita tu dari semasa ke semasa. Dari baca Al-Quran, cuba baca tafsir dia. Makna ayat yang kita baca..Semat dalam fikiran dan ambil pengajaran daripada ayat tersebut. Jangan tinggal Al-Quran. Bab-bab lain, cuba buat. Luangkan masa. Jaga masa sebaiknya.


Rasa-rasa kalau buat semua ni, berjaya tak kita sebagai seorang pelajar? Bukan untuk pelajar ja ni, untuk menjadi seorang manusia yang berguna. Skop yang lebih luas. Kita cari Allah, kita taat kepada Allah, Allah akan bantu kita. 





********************************************************







***Ceramah dia sangat best sebab kelakar :D and some words were added but the point are still there :) Saja ja lisa kekalkan slang penang..seronok plak aih duk cakap penang. Tukaq la kot penang plak la ni :D



Entri ini diakhiri dengan, marilah menjaga hati masing2. Bila hati tenang, senang kita nak melakukan perkara 2 -7 :) Assalamualaikum!




Sunday, October 4, 2015

My plane of symmetry.




A plane of symmetry is a mirror plane that cuts a molecule in half, so that one half of the molecule is a reflection of the other half. 





I look for you in everyone I met..

None can give me the feelings like you did <3

No matter how many guys I met or I befriend with, I will always compare them with you.

Your style, your smile and the way you treat me..Is just something very very hard to describe :)



#1060
#relatekimiadengancintabolehtaklol


Wednesday, September 23, 2015

Of third week and ambition :)


Assalamualaikum.


I'm on my break now Alhamdulillah dapat jugak rehat :) Third week adalah minggu perkenalan kepada jenis-jenis kesibukan yang bakal dilalui oleh kebanyakan pelajar first year. Sebenarnya we ourselves yang tentukan nak ke tak join aktiviti-aktiviti atau program-program yang ada. It's all on us. Kalau ikutkan hati memang nak duduk kat bilik je rehat study makan tidur tapi tak best la camtu..Peluang dah ada depan mata jadi involvekan semampu boleh. Sekarang sebab dah masuk yang ketiga, kokurikulum pun bermula setiap Isnin dan Khamis. So I need an extra energy hehehe



Semalam ada Hari Interaksi Kelanasiswa untuk intake 2015/2016. Bermula jam 8-11 malam. I had two classes before this activity..memang penat. But the program was amazing. We had this ice breaking session divided into more than four activities. It was really good getting to know new friends from other courses. My groupmates were awesome and sporting gila! We killed the cheers part eventhough we only prepared for 10 -15 minutes. Terus hilang penat walaupun balik pukul 11 malam :) 



What made me to think is..the moment where the head of the program told us to write our ambition on a piece of paper. Spontaneously my chinese friend besides me said slowly.."Ala..sy takde cita-cita la.." I laughed and I said.."Same..me too..jadilah ape-ape je nanti haha.." and she laughed and agreed. 



I already change my ambition. Boleh tak tukar? Haha. My new and permanent ambition is to make my parents happy and proud with me. I'll follow whatever that they want me to be as long as that would make they feel proud and happy and blessed for having me as their daughter hihihihi. My mother has always told me to become a lecturer in future because she said it was easy then I came to encounter the way my lecturers taught us for this past few weeks. It was so simple. 




Bring your laptop -> Insert your pendrive -> Stand in front of the students -> Explained every slides




Is it THAT simple? NO because you need to have a higher knowledge so you can answer your students' doubts about every topics. 



To be honest, at the first place I really hate it whenever I heard my mom told me to become a lecturer because my used-to-be ambition was a pharmacist but nevermind let's just skip that part.

But now, I kinda find myself.....love explaining things..talking to myself whenever I studied....and talk as if I had all this people in front of me..and suprisingly my confidence level is raising whenever I did these actions. It's like..you know..some weird things is happening but let's just wait what I will be in future :D





You know, to me don't narrow down your ambition scope. You can be whatever you want. I've seen people with degree, masters or even PhD doing business(countless) and they excel in both fields. I feel so motivated to see this thing is happening and it taught me to be an open-minded person because it's you who determines what you want to be. 



My Ecology lecturer said to us earlier this morning..


"You're gonna have to choose your major on your third year and you will need to choose 8 courses such Microbiology, Aquatic and Marine, BioTech, Zoology, Botany and many more. There are outdoor and indoor work for each of these major. You know, it is so hard to determine between your PASSION and THE WORKING DEMAND because this days it is hard to get a job that meet your passion. If you get a job that meet your passion then you need to be grateful. For me, I choose Ecology because it is my passion. I have a high interest in this subject and I get to stand here because I choose my passion. So for me, choose your passion and think deeply about the major that you are going to take. It determines the whole thing about your degree and for me, if you choose to continue with your passion you are going to succeed because the employers are searching for an employee that are passionate with their work. Not the kind of 8 to 5 working. When we choose to follow what we want, we will do it sincerely and not just by taking it as A JOB.."





I went to SPICE last weekend for an educational talk. Diana Amir, Fynn Jamal and some other inspiring people were also there.


What Diana Amir said..

"Choose your passion and stick to it..Tapi kena tengok balik minat tu bercanggah ke tak dengan apa yang Allah suruh..macam saya yang jadi pelakon dulu, memang saya minat sangat-sangat..kehidupan saya berubah totally lepas drama Sunsilk Impian..tapi itu bukan apa yang Allah suka..Jadi, ianya bagus untuk ada impian dan minat. Tapi tengok balik samada Allah redha ke tak dengan impian kita sebab at the of the day, kita semua akan mati."




What Fynn Jamal said..

"Akak masuk UIA sebab ayah suruh. Bagi akak ayah adalah segala-galanya. Kalau korang tanya akak takpe ke kalau tak ikut impian sendiri tapi melaksanakan impian orang, bagi akak itu takpe sebab ada banyak hikmah kenapa akak masuk u dulu walaupun akak tak suka. Akak rasa waste kalau akak tak membahagiakan ayah sebab ini impian dia walaupun ini bukan apa yang akak nak. Bila dah habis belajar baru akak mula melaksanakan impian sendiri and buat apa yang akak memang nak buat. So kat situ dah win-win sebab ayah akak happy akak dapat capai impian dia and akak dapat buat apa akak nak..Ianya terpulang kepada diri masing-masing. Plan untuk future itu bagus tapi jangan berharap sebab kita tak tahu apa yang jadi akan datang. Be happy with the present."



Be happy with the present.
Buat apa nak buat dulu.
Don't worry too much about the future.

Ok? :)



Some random things.....about my life....currently....that I have to meet these everyday......


Jalan setiap hari nak balik hostel kalau malas nak naik bas/bas lambat. Macam Cameron lagi2 kalau lepas hujan :D takde strawberi and coklat je haha






I love this shoes sooooooooooo much! Thank you arukas <3 :)







Kisah haritu bila kelas pukul 9 pagi tapi aku terbangun pukul 8.04 minit pagi. Perjalanan nak tunggu bas memakan masa lebih kurang half an hour so fikir la camne tak kelam kabut iols bersiap semalam. Rasa nak pakai telekung je tau pergi kelas semalam haha! Iols pakai la skirt sebab ingat tak hujan sekali hujan..so lagi la kelam kabut sebab skirt leceh sikit. Tunggu bas pertama Alhamdulillah sampai ke perhentian bas kedua jam 8.30 pagi. Tunggu bas kedua untuk ke dewan kuliah tak sampai2 gak sampai dah pukul 8.50 so iols jalan kaki je dari padang kawad dengan berpayung. Alhamdulilah pukul 9.05 minit pagi sampai2 je lecturer tak masuk lagi hihi :)



*my date* *orangdepantakde* *orangdepankatkajang* *sadlife*






<3



Sekali lagi, gambar nak naik hostel. Bezanya tadi takde orang ni ramai orang hahaha





Ok bai nak siapkan slide bio.


Assalamualaikum!






Sunday, September 6, 2015

Hai biologi




Assalamualaikum.




Orientasi dah habis and semua student boleh qada' tidur dengan jayanya. Itu adalah orientasi paling penat pernah dilalui sepanjang menjadi seorang pelajar. Masa UniKL dulu takde camni, in fact lagi best sebab kat Pangkor and balik tidur awal. Kalini everyday selama seminggu balik tidur pukul 2.30 pagi and the exact sleep time was 3.30 sebab bila balik nak mandi, solat and prepare barang2 untuk esoknya. Then kena berkumpul pukul 6.30 or 7.30 pagi. Untuk yang masa hari berkumpul jam 6.30 pagi tu yang paling penat sangat. Tidur tak cukup, bila bangun rasa nak tidur je lagi. I had this in my mind, nak ponteng je boleh tak hahaha tapi tak berani nak buat. Ok maybe tak tiring untuk korang tapi ianya memenatkan untuk diri ini.. T_T Tapi semua itu sudah berakhir pastu tiba2 rindu plak time orientasi huhuhuhu




My everyday dialogue here adalah, kos mana, nama apa, nak nombor boleh tak, umur berapa, jgn panggil akak tau, panggil nama je, unikl farmasi, x amik farmasi sbb tak lepas fizik, kalau nak amik jugak kena repeat fizik bagi dapat B, tula takpe tak kisah tak dpt sambung farmasi sbb kos lebih kurang je....... Ok tu la dialog harian aku hahaha :D Tang umur tu biasanya aku yg start tanya "19 kan?" Pastu diorang pun akan tanya aku sebaya ke then aku akan cakap tak, saya 21 hehehe. Then dorang akan cakap tak macam 21 pun hihihi sebab tu aku mengelak bila orang tanya umur haha. Budak diploma ada jugak cuma takde yg dari unikl. Politeknik ramai and apa yg best pasal u ni adalah dia amik semua student dari semua peringkat. Means dia amik jugak dari diploma :) Aku call u2 lain masa praktikal haritu (taknakmentionuapa) semua taknak budak diploma. So masa tu aku kecewa gila sebab tak tahu nak buat apa dgn hidup aku ni hahaha. So masa nk mohon u ni pun, aku tak berharap dapat sebab aku main hantar je result sem satu sampai sem lima which is aku tak bagi apa dia nak and aku ikut sukahati aku je nak bagi apa aku ada! Haha tapi tulah, rezeki.. Rezeki yg tidak disangka-sangka Alhamdulillah :)  Aku seolah-olah rasa doa aku dijawab dan Allah bagi apa yang aku nak selama ni cuma TIMING. Dan kita sebagai hambaNYA kena SABAR TUNGGU DAN TERUS DOA.





Esok start kelas and aku dah prepare semua benda. Baju aku dah iron siap2 itu pun penat paksa diri hahaha sebab aku kan tak suka iron baju.. Tudung pun aku cari yang takyah gosok hihi tapi kena la rajin jugak sebab nanti in future aku kena gosok elok2 gak sebabbbbb bangcap punya style, baju dia kena kemas dan digosok elok.. Which is far from what I think and far from what I always did...aku kalau asal tak nampak kedut ok dah :p





Kemudahan kt sini semuanya lengkap Alhamdulillah.




1- Bilik iron, washing machine and water machine ada di setiap tingkat.



2- Ada lif untuk tingkat 5 dan ke atas. Iols tingkat 5 so boleh naik lif hihihi



3- Bilik besar dan duduk dua org. Roomate kita kos akaun and dia 19 tahun and dia dgn family dia baik sangat  :)



4- Ada 8 hostel atau sini panggil desasiswa. 5 kat dalam 3 kat luar. Yes iols kena duduk yang dekat luar punya huhuhu tapi ada bas jangan risau and ada jejantas yang menghubungkan hostel luar ni dengan main campus.



5- Tak boleh bawak kereta. Rasanya second year nak duduk luarrrrrrrrrr.




6- Kelas tak pack kalau tengok jadual. Berbanding diploma dulu, setiap hari ada kelas and kelas bersambung sambung tapi kalini Alhamdulillah tak. U ni ada kokurikulum and kita masuk pengakap atau kelanasiswa hihihi.



7- U ni penuh dengan aktiviti2 setiap minggu and september ni je dah banyak festival, event, konsert2, pertandingan antara hostel, event talk dekat Spice Penang and banyak lagi la. Sabtu Ahad tu memang keluar la jawabnya..U kerajaan mmg camni sebab kengkawan yg duduk uia, um, ump semua sibuk setiap minggu.



8- Iols dah sunburn. Sekian.




Sekian untuk hari ini. Nanti free kita update lagi! Sori tak letak gambar sebab tak dapat log in identiti untuk student u ni pastu faham tak semua student dah boleh main u ni punya wireless siap boleh tengok youtube lagi huhuhuhu sis masih lagi menggunakan internet celcom hmm taknak la cakap dah kbye Assalamualaikum! *:)*